Monday, December 20, 2010

السلام عليكم


Semua orang pernah rasa tertekan. Staff dekat KPMNJ ni pun selalu tensi-tensi. Bos aku pun tensi gara-gara pengurusan lama yang macam S*AL. Orang Melayu tu buat macam ni. Apa laa, aku harap semuanya dapat setel dengan baik. Aku pun naik gerun tengok mangsa-mangsa investor yang datang dengan angin swing. Dah laa aku orang baru kat sini.

Itu baru cerita pasal tekanan orang lain, orang yang berada disekeliling aku. Aku punya tekanan pun banyak jugak. Kadang-kadang saje je aku tak nak amek peduli. Pi lantak dengan semua masalah. Tapi itu jugak laa penyebab tekanan. Isyh! Tekanan keluarga, tekanan si dia dan nasib baik tekanan kawan-kawan tiada. Dan kalau ada pun aku malas nak amek pusing. Cukup laa best buddy yang aku ada walaupun saat dan tika ini dah jarang aku hang out dengan diorang. I miss both of them.

Bila ada tekanan macam ni, dan seperti entri aku yang lepas-aku lebih rela melarikan diri. Bukan sebab aku mengalah tapi lebih kepada berserah. Aku lebih suka bersendiri...biarkan jela masalah yang melanda itu. Dia akan reda sendiri. Sebab punca masalah itu pun bukan orang lain. Orang terdekat dengan aku. Tak kan aku nak melawan, kan? Itu namanya mengeruhkan keadaan yang sudah keruh. Boleh menyebabkan pergaduhan! Itu aku tamau. Buat apa aku nak keras kepala kalau orang berkenaan pun jenis tak makan saman. Maka aku berundur untuk diri dan kesihatan aku juga.

Iye, aku selfish. Aku mengaku. Tapi, kalau kau nak menang, kau amek laa. Amek segala trofi, segala pingat. Semua untuk kau. Asalkan kehidupan aku aman dan tenteram. Ayat-ayat aku yang sangat pasrah. Iye, aku dah tawar hati. Aku dah takde jalan penyelesaian lain yang terbaik lagi.

Dia...punca pertama tekanan aku. Maka aku melangkah setapak tapi melangkah ke belakang. Aku tahu aku silap kerana tidak mempunyai kepakaran itu. Silap aku sebab terlalu jahil. Tapi aku tak suka. Tak suka. Faham tak apa makna tak suka? Maka hentikan kutukan menyakitkan hati itu. Aku mengalah oke. Aku mengalah. Maka aku berkeputusan untuk pergi suatu hari nanti. Biarlah aku merana dahulu. Kelak, aku tetap juga akan berjalan dan mencari hala tuju hidup sendiri.

Dia...punca kedua aku tertekan. Insan baharu yang hadir dalam hidup. Aku sedar bahawa tersangat lain fahaman kami. End of the story kami akan bergaduh. Terbaik! Damn, aku tak suka kalau asyik buat tatau aje. Maka aku pun pilih untuk berundur jua. Maka kau dengan teori kau akan betul selamanya dan teori aku salah. Tak kisah laa aku salah ke tidak atau kau benar atau salah. Yang pasti aku dan dia tak bersefahaman. Maka lupakan ajelah impian atau cita-cita yang ada kaitan dengan aku. Aku dah tak berminat. Betul, hati aku sakit. Bukan mengenai masalah ini sahaja aku nak kena sabar, banyak lagi. Dan aku dah penat. Aku dah cukup penat. Ctrl, Alt, Del kalau boleh. Padamkan dari memori. Biar aku tak terluka lagi.

No comments: