Monday, December 20, 2010

MISS.RINDU

السلام عليكم

Betul...tanpa tipu. Walaupun sesak membahagikan duit tapi hati senang. Hanya fikir pasal diri sendiri dan kehidupan sendiri. Terdetik rindu pada kampung halaman masa itu. Bahkan teramat sangat, tapi aku lebih bahagia begitu. Rindu itu sesuatu yang indah.

Berapa kilometer sangatlah bumi Melaka dengan Johor. Tapi aku tak selalu balik. Aku lebih gemar menyimpan di ASB supaya senang dikemudian hari. Walaupun ada di antara kawan-kawan yang setiap minggu balik ke kampung. Tak mengapa. Aku bukan seperti mereka. Dah laa tiap minggu balik, telefon boleh kata kerap. Tak mengapa. Aku bukan begitu. Dan dah lama aku sedar, aku bukan begitu.Sekalipun rindu, biarlah dia bernanah di dalam hati sahaja. Sampai masa, bumi Johor akan ku jejaki.

Duduk di Melaka bagi aku penuh dengan tekanan. Tugasan yang perlu disiapkan. Kelas yang perlu dihadiri. Aktiviti yang perlu dikejari. Mahu tak menang tangan walaupun kau sudah dilabel sebagai lipas kudung. Kerja masih menimbun. Kerja masih meminta belaian. Kerja dan kerja. Sem lima - sem kedua terakhir ini banyak memberi erti kepada aku. Seribu satu pengertian yang tak terucap. UiTM dihatiku. Ku cintakan pengalamanku di sana. Ku merindui rakan seperjuanganku semua.

Tapi aku masih memuja bumi Johor- tanah tumpah darahku. Rakan-rakan sepermainanku di sini. Keluargaku di sini. Kenangan manis-pahit juga terpalit di sini. Akan tetapi, dari jiwa terseksa kerana perselisihan faham yang kecil buat aku lebih gemar bersendirian. Iya...aku ingin seperti belajar dulu. Bersama kengkawan. Susah senang di sana. Tanpa perlu risau akan bebelan. Aku rindukan suasana dimana hanya aku yang menguruskan semua. Tanpa ada marah.

No comments: