Masa tahun itu juga dikatakan aku cinta pertama dia. Erm...serius aku terharu sampai sekarang. Masih terngiang-ngiang ayat itu baik di cuping telinga mahupun berlegar di minda. Terharu dan rasa bangga sebentar. Dia yang boleh dikategorikan sebagai pelajar 'hot stuf' masa itu. Yang sedihnya, aku seolah-olah amnesia. Tak banyak memori yang 'melepak' di minda perihal kes ini walhal kami sekelas! 5 Cekap 4. Aku tak akan lupa kelas itu...terlalu banyak memori pahit-manis-payau di situ. Selepas UPSR, kami terpisah.
Dipendekkan cerita, tingkatan empat aku bertemu kembali dengan si dia. Ngee~ aku takde rasa apa cuma terkenang. Dia...aha! Bekas rakan-sekelas masa darjah lima dulu. Hanya itu yang terlintas di otak. Tak terasa nak menegur excited sebab terasa kaku-beku-kelu dan perlu ker? hehe.... Sebenarnya tatau apa reaksi yang patut aku buat masa itu. Dan dia berkelakuan agak 'pelik' menyebabkan banyak spekulasi bertebaran. Kisah lama mengamit menjadi gurauan masa itu oleh rakan-taulan. Ya, kisah ini menjadi bualan rakan setingkatan. (aku dah berbunyi macam popular sangat aje ni) Dia dan kelakuannya yang aneh untuk tingkatan itu dan tahun itu. Itu memori remaja muda yang kelakar :) Dan kami terpisah sekali lagi selepas SPM
Tanpa diduga dan entah macam mana, akhirnya dia dan aku telah merealisasikan khabar angin kawan-kawan. Itu pun selepas hampir 2 tahun mencari haluan sesudah tamat tingkatan 5. Bulan 9, 2007. Hanya sementara aku cuba mengenali dia dan kisah ini nampaknya tidak bertahan lama. Seketika cuma. Bersuai-kenal hanya untuk 2 bulan, terputus 3 bulan dan terpisah dengan perasaaan kurang enak untuk setahun. Masa itu aku gelar dia Chipsmore. Kejap ada, kejap takde.Ahaks (gelak tak ikhlas)
Tahun 2009 berlalu...masih ada luka di hati untuk dia padahal kata maaf sudah pun aku terima sebaiknya cuma tak bertentang mata sahaja. Ketidakpuasan hati masih menguasai aku. Untuk apa entah. Tatau. Sampailah tahun 2010 aku jumpa dia. Haha...kami bersembang. Sembang yang sangat panjang. Mungkin membayar segala hutang-hutang penjelasan lampau.
Dia...jauh sudah cerita aku dengan dia,kan? Kisah yang tiada cerita. Dan dia masih tetap 'insan pelik' untuk aku walaupun kini kami berkawan baik. :) oh, ada yang terkesan dihati dek katanya. "Kalau ada pun perasaan, akan buang jauh-jauh." Ayat ni walaupun tak sama tapi persis dengan kata-kata aku dulu untuk dia. Dan masa sembang itu juga, masing-masing masih nakal bertanya. "Apa perasaan awak pada saya?"
Dia...jauh sudah cerita aku dengan dia,kan? Kisah yang tiada cerita. Dan dia masih tetap 'insan pelik' untuk aku walaupun kini kami berkawan baik. :) oh, ada yang terkesan dihati dek katanya. "Kalau ada pun perasaan, akan buang jauh-jauh." Ayat ni walaupun tak sama tapi persis dengan kata-kata aku dulu untuk dia. Dan masa sembang itu juga, masing-masing masih nakal bertanya. "Apa perasaan awak pada saya?"
Kesudahan cerita ini, entah laa....kita tengok aje nanti. Betul tak, kawan baik baru??? Saya mendoakan yang terbaik untuk dia. Cari teman hidup yang baik dan semoga berjaya didalam kerjaya yang dibina. Dan semoga juga orang disini dapat wedding card menjelang umur 25 tahun nanti. :) Entahkan dia atau si chumel ini yang nek pelamin dulu ya?
p/s: kawan sekelas, sudah. jadi kekasih, sudah. jadi musuh pun pernah. dan kini berkawan baik.
BANYAK NYER!
p/s: kawan sekelas, sudah. jadi kekasih, sudah. jadi musuh pun pernah. dan kini berkawan baik.
BANYAK NYER!
No comments:
Post a Comment