Tuesday, December 7, 2010

AR-RAHNU

السلام عليكم
Sebelum ni, Leen cerita pasal kerja-kerja yang Leen kena buat. Dalam entri Hari Pertama & Kedua Kerja
Sekarang, Leen berminat nak kongsi gambar-gambar yang ada

 Inilah tempat praktikal aku
Ar-Rahnu di bawah Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor, KPMNJ
 Ini jugak sebahagian dari kerja aku. Ala-ala receptionist gitu.
Kena melayan customer yang masuk-keluar
Pajak dan tebus marhum atau beli emas


Itu meja khas untuk aku
Nama aje meja aku, tapi dalam meja ada pelbagai khazanah asing
Aku pun malas nak kemas, karang kalau aku kemas,
ada pulak yang masuk recycle bin
Yang penting, meja aku betul-betul depan bilik Pengurus

Ini laa bukti!!! Hak milik aku cuma 2 beg yang berada di atas kerusi itu sahaja
ok, aku tipu. Ada tiga sebenarnya. Termasuk selipar pink tu, aku yang punya.

 Antara faktor kenapa aku tak suka duduk dekat meja aku sendiri
Takut kena elektrik satu hal, yang penting takut semua sistem mati sebab dilanggar dek aku
Buat niaya jek


 
Pintu besi yang menyimpan segala MARHUM pelanggan

 Antara asid yang diguna pakai...
see, macam tempat asah pisau kan yang petak berwarna kelabu tu???

 Penyepit - untuk menyepit Marhum dan direndam dalam mesin
Hair dryer - boleh tukar kepada GOLD DRYER
Gunting - potong plastik Gold Bar/ tolong bukak Dinar coin

Mesin menimbang berat dan menentukan gred marhum

 Nampak kecik tapi pernah menjangkau lebih RM10k/ sehari




No comments: