السلام عليكم
Semua orang pernah rasa tertekan.
Staff dekat
KPMNJ ni pun selalu tensi-tensi. Bos aku pun tensi gara-gara pengurusan lama yang macam S*AL. Orang Melayu tu buat macam ni. Apa laa, aku harap semuanya dapat
setel dengan baik. Aku pun naik gerun tengok mangsa-mangsa
investor yang datang dengan angin
swing. Dah laa aku orang baru kat sini.
Itu baru cerita
pasal tekanan orang lain, orang yang berada disekeliling aku. Aku punya tekanan pun banyak
jugak. Kadang-kadang
saje je aku
tak nak amek peduli.
Pi lantak dengan semua masalah. Tapi itu
jugak laa penyebab tekanan.
Isyh! Tekanan keluarga, tekanan si dia dan nasib baik tekanan kawan-kawan tiada. Dan kalau ada pun aku malas nak
amek pusing. Cukup
laa best buddy yang aku ada walaupun saat dan tika ini dah jarang aku
hang out dengan
diorang.
I miss both of them.
Bila ada tekanan macam ni, dan seperti entri aku yang lepas-aku lebih rela melarikan diri. Bukan sebab aku mengalah tapi lebih kepada berserah. Aku lebih suka bersendiri...biarkan
jela masalah yang melanda itu. Dia akan reda sendiri. Sebab punca masalah itu pun bukan orang lain. Orang terdekat dengan aku. Tak kan aku nak melawan, kan? Itu namanya mengeruhkan keadaan yang sudah keruh. Boleh menyebabkan pergaduhan! Itu aku
tamau. Buat apa aku nak keras kepala kalau orang berkenaan pun jenis
tak makan saman. Maka aku berundur untuk diri dan kesihatan aku juga.
Iye, aku
selfish. Aku mengaku. Tapi, kalau kau nak menang, kau
amek laa. Amek segala trofi, segala pingat. Semua untuk kau. Asalkan kehidupan aku aman dan tenteram. Ayat-ayat aku yang sangat pasrah.
Iye, aku dah tawar hati. Aku dah
takde jalan penyelesaian lain yang terbaik lagi.
Dia...punca pertama tekanan aku. Maka aku melangkah setapak tapi melangkah ke belakang. Aku tahu aku silap kerana tidak mempunyai kepakaran itu. Silap aku sebab terlalu jahil. Tapi aku
tak suka.
Tak suka. Faham tak apa makna tak suka? Maka hentikan kutukan menyakitkan hati itu. Aku mengalah
oke. Aku mengalah. Maka aku berkeputusan untuk pergi suatu hari nanti. Biarlah aku merana dahulu. Kelak, aku tetap juga akan berjalan dan mencari hala tuju hidup sendiri.
Dia...punca kedua aku tertekan. Insan baharu yang hadir dalam hidup. Aku sedar bahawa tersangat lain fahaman kami.
End of the story kami akan bergaduh. Terbaik!
Damn, aku
tak suka kalau asyik buat
tatau aje. Maka aku pun pilih untuk berundur jua. Maka kau dengan teori kau akan betul selamanya dan teori aku salah. Tak kisah laa aku salah ke tidak atau kau benar atau salah. Yang pasti aku dan dia
tak bersefahaman. Maka lupakan ajelah impian atau cita-cita yang ada kaitan dengan aku. Aku dah
tak berminat. Betul, hati aku sakit. Bukan mengenai masalah ini sahaja aku nak kena sabar, banyak lagi. Dan aku dah penat. Aku dah cukup penat.
Ctrl, Alt, Del kalau boleh. Padamkan dari memori. Biar aku
tak terluka lagi.