Monday, January 17, 2011

T.E.N.S.I.

Dengan susah payah aku kira semua bil wireless...dari awal sampai akhir.
Alhamdullillah tak sia-sia aku dapat A1 dalam maths mode masa SPM dulu.
Nasib pengiraan ini tak serumit pengiraan Add Maths atau Akaun.
Maka aku lulus dengan jayanya mencari dimana caj terlebih itu.

Yup! Pertama sekali yang buat aku lega ialah bila aku terlupa nak kira bil untuk satu bulan terakhir.
Ini buat aku tersenyum girang. Caj yang banyak sebab terlupa nak masuk bayaran untuk satu bulan dalan pengiraan.

Kedua, punca muncul tensi apabila terdapat caj lain. Caj yang sepatutnya pihak syarikat awal-awal dah tolak.
Awal-awal mereka dah sedia maklum sebab aku dan kawan aku datang ke centre untuk mendapatkan penjelasan pasti. Dan SAH! Kami betul. Mereka khilaf. Maka semuanya settle disitu. Caj sebanyak RM75 ditolak dalam pembayaran pada antara bulan FEB dan Mac 2010.

Tapi bila masuk Januari 2011, caj itu muncul kembali. Dey, kicchi! Bukan dah kata ke DAH DIBAYAR. Dulu siap bawak resit pembayaran beb. Sekarang kalau mintak memang tak dapat lah. Resit aku dalam file dan file itu sudah lesap. Tak ketemu. Takkan nak bayar semula. Oke, memang aku dah bayar tapi aku nak claim balik semula. Boleh tak? Sebab dah dibayar. Memang dah dibayar. Aku dan kawan aku yang pergi centre dulu. Gara-gara pelik dengan caj sebanyak RM441.95.Dan masa itu juga, pembayaran dibuat hanya sebanyak RM366.95 sesudah menolak RM75.

Sememangnya RM75 itu sudah dibayar semasa pembayaran awalan. Damn it! Kenapa file aku hilang time-time macam ini? Geramnya!!!!!

No comments: