Sunday, January 16, 2011

B.E.N.G.O.N.G.

yea..BENGONG..khas buat aku dan dia serta mereka.
Buat aku sebab kena siasat dimana punca kelebihan kos yang melanda.
Buat dia, sebab hanya memberi penerangan yang samar-samar kepada pelanggan (aku) yang tentunya jahil pasal servis syarikat mereka.
Buat mereka yang mengamalkan sikap seperti aku dan dia.

BERHATI-HATI & CEREWET..dah tentunya aku.
BANYAK TANYA, sebab aku kena kumpul duit dari kawan-kawan serumah
Aku ada tangungjawab untuk lebih prihatin terhadap setiap pembayaran yang dilakukan
dan sememangnya kontrak itu bawah nama aku
semestinya demi mengelakkan bakal berlaku senarai hitam.
Maka secara tuntasnya, CEREWET,BERHATI-HATI & BANYAK TANYA diperlukan!

Tapi...sama juga. Mungkin aku yang terlalu dungu. Macam mana boleh timbul isu caj tertunggak?!
Huh?! Bengang aku. Dah kena buat pengiraan semula dari awal tahun sehingga habis tahun. Nasib kontrak bawah satu tahun sahaja. Ini semua gara-gara nak tukar rate terendah.

Dikatakan mungkin makan masa sebulan. Maka pengiraan dibuat berdasarkan selepas sebulan. Guna rate rendah selepas sebulan. Faham. Otak aku terima. Minda aku jelas. Selepas sebulan. Tapi...kat situlah punca caj tunggakan. Bukan sebulan tapi lebih....Lebih hanya beberapa hari. Pening. Betul aku pening.

Resit pun buat aku pening. Dua tarikh yang berbeza. Maka yang mana betul? Damn...aku salah lagi.
Habis semua fail surat-menyurat dan resit pembayaran HILANG.
BUNTU...tapi aku minta pihak syarikat keluarkan semua slip dari awal hingga akhir.
Aku nak tahu mana silap aku.

Dan....itulah dia...
bermula sejak pertukaran rate. Dari RM110 kepada RM60. Belum kira caj-caj tersembunyi walaupun hanya lebih dalam singgit-dua.

Itulah....itulah...
itulah yang buat aku skipped lunch aku pada hari ini.

No comments: