Janggut? Mesti tertanya-tanya kan siapa si Janggut? Janggut tu bapak aku. Huhu.... Dekat tanah air tumpah darah aku, yakni Johor, dia dikenali sebagai JJ (Johar Janggut) atau Janggut. Walaupun dah potong janggut pun, orang tetap panggil dia Janggut.
Sejak dari umur 18 tahun, bapak aku dah berkhidmat dengan kerajaan sebagai tentera laut. Semangat dia masih utuh sehingga hari ini walaupun dah lama dia bersara dari karier mulia itu. Tapi darah tentera masih mengalir dalam salur darah beliau. Aku ingat satu ayat dia, "Bila tiba masa nanti, semua masuk. Bak aje yang keluar." Beliau berkata sambil tersenyum bangga. Masa tahun itu, tahun 2010, umur beliau dah menjejak 57 tahun. Masih bersemangat waja. Tak menyerah kalah. Selama 13 tahun beliau di dalam arena itu. 4 tahun daripadanya dengan memegang jawatan Koperal. Beliau in-charge meriam. Sungguh aku bangga.
Di rumah ni yang tinggal hanya topi tentera laut. Berwarna putih dan beberapa pingat. Salah satunya daripada pinggat kayu bertulis Perak. Dia pernah bertugas disitu. Abang dan Kakak pun sempat lahir di Lumut. Hebat!
Jiwa bapak aku tak pernah luntur daripada perkataan tentera. Buktinya, dia bawak kereta pun macam nak bergaduh. Hahaha...laju nak mati! Cilok sana-sini macam dekat litar. Memang hebat. Macam-macam trick memandu dia ajar aku tapi aku masih terkapai-kapai.
Oke laa....itu sahaja. Walaupun bapak aku berdarah panas, dia masih seorang bapak yang penyayang. Itu aku pasti!
No comments:
Post a Comment