Thursday, January 27, 2011

APA KATA SAYA? SAYA KATA APA? PASAL REUNION

REUNION

Pastilah seronok!
Bertemu kawan lama, kekasih lama
Berborak gila lama
Pelbagai cerita
Macam 'Cerita Kedai Kopi'

Tapi di awal pembikinan reunion tu macam mana?
Pernah rasa? Dinasihatkan perlu banyak bersabar dan tenang selalu
Kalau boleh biar ramai macam ni:


 Tapi tak boleh
Masing-masing dah ada komitmen tersendiri
Tak kisahlah asal berbahagia
Dan tak perlu menunggu siapa yang tidak confirm 
Proceed pada yang dah beri kata putus
Insya Allah berjaya
Dan keep-in-touch selalu dengan mereka kalau ada event lagi

My next plan, paintball  tak dapat buat atas sebab
field lama dirobohkan dan tiada field baru yang sesuai
dan pusing pulau,sebab servis itu dah tiada buat masa ini
maka di Teluk Gorek hanya  BBQ & berkayak sahaja

ENAM ORANG YANG PERGI
(kali ke-3 Leen buat REUNION)
kurang seorang dari reunion2 yang lepas
biasalah tu






Monday, January 24, 2011

COMING SOON - Muvie Anak2 Muda bErjiwa bEsaR


Buat julung2 kalinya, Lin nak promote
si T-SHIRT berkolar itu, lelaki yang paling dekat dalam hati ini
Jangan ditanya kenapa dia boleh beraksi dalam muvie ini
dan jangan ditanya kenapa dia kena pukul dan belasah

Antara barisan pelakon yang lin kenal menerusi alam maya dan cerita-cerita
seperti Jayzuan, Syn dan sudah tentu buah-hatiku itu

yang utama nak disampaikan disini
THIS MUVIE NEED FUND
baharulah you all- we all boleh tengok sampai habis
Support sikit cerita anak bangsa melayu yang muda ni

WokEh?!

Monday, January 17, 2011

T.E.N.S.I.

Dengan susah payah aku kira semua bil wireless...dari awal sampai akhir.
Alhamdullillah tak sia-sia aku dapat A1 dalam maths mode masa SPM dulu.
Nasib pengiraan ini tak serumit pengiraan Add Maths atau Akaun.
Maka aku lulus dengan jayanya mencari dimana caj terlebih itu.

Yup! Pertama sekali yang buat aku lega ialah bila aku terlupa nak kira bil untuk satu bulan terakhir.
Ini buat aku tersenyum girang. Caj yang banyak sebab terlupa nak masuk bayaran untuk satu bulan dalan pengiraan.

Kedua, punca muncul tensi apabila terdapat caj lain. Caj yang sepatutnya pihak syarikat awal-awal dah tolak.
Awal-awal mereka dah sedia maklum sebab aku dan kawan aku datang ke centre untuk mendapatkan penjelasan pasti. Dan SAH! Kami betul. Mereka khilaf. Maka semuanya settle disitu. Caj sebanyak RM75 ditolak dalam pembayaran pada antara bulan FEB dan Mac 2010.

Tapi bila masuk Januari 2011, caj itu muncul kembali. Dey, kicchi! Bukan dah kata ke DAH DIBAYAR. Dulu siap bawak resit pembayaran beb. Sekarang kalau mintak memang tak dapat lah. Resit aku dalam file dan file itu sudah lesap. Tak ketemu. Takkan nak bayar semula. Oke, memang aku dah bayar tapi aku nak claim balik semula. Boleh tak? Sebab dah dibayar. Memang dah dibayar. Aku dan kawan aku yang pergi centre dulu. Gara-gara pelik dengan caj sebanyak RM441.95.Dan masa itu juga, pembayaran dibuat hanya sebanyak RM366.95 sesudah menolak RM75.

Sememangnya RM75 itu sudah dibayar semasa pembayaran awalan. Damn it! Kenapa file aku hilang time-time macam ini? Geramnya!!!!!

Sunday, January 16, 2011

B.E.N.G.O.N.G.

yea..BENGONG..khas buat aku dan dia serta mereka.
Buat aku sebab kena siasat dimana punca kelebihan kos yang melanda.
Buat dia, sebab hanya memberi penerangan yang samar-samar kepada pelanggan (aku) yang tentunya jahil pasal servis syarikat mereka.
Buat mereka yang mengamalkan sikap seperti aku dan dia.

BERHATI-HATI & CEREWET..dah tentunya aku.
BANYAK TANYA, sebab aku kena kumpul duit dari kawan-kawan serumah
Aku ada tangungjawab untuk lebih prihatin terhadap setiap pembayaran yang dilakukan
dan sememangnya kontrak itu bawah nama aku
semestinya demi mengelakkan bakal berlaku senarai hitam.
Maka secara tuntasnya, CEREWET,BERHATI-HATI & BANYAK TANYA diperlukan!

Tapi...sama juga. Mungkin aku yang terlalu dungu. Macam mana boleh timbul isu caj tertunggak?!
Huh?! Bengang aku. Dah kena buat pengiraan semula dari awal tahun sehingga habis tahun. Nasib kontrak bawah satu tahun sahaja. Ini semua gara-gara nak tukar rate terendah.

Dikatakan mungkin makan masa sebulan. Maka pengiraan dibuat berdasarkan selepas sebulan. Guna rate rendah selepas sebulan. Faham. Otak aku terima. Minda aku jelas. Selepas sebulan. Tapi...kat situlah punca caj tunggakan. Bukan sebulan tapi lebih....Lebih hanya beberapa hari. Pening. Betul aku pening.

Resit pun buat aku pening. Dua tarikh yang berbeza. Maka yang mana betul? Damn...aku salah lagi.
Habis semua fail surat-menyurat dan resit pembayaran HILANG.
BUNTU...tapi aku minta pihak syarikat keluarkan semua slip dari awal hingga akhir.
Aku nak tahu mana silap aku.

Dan....itulah dia...
bermula sejak pertukaran rate. Dari RM110 kepada RM60. Belum kira caj-caj tersembunyi walaupun hanya lebih dalam singgit-dua.

Itulah....itulah...
itulah yang buat aku skipped lunch aku pada hari ini.

Wednesday, January 12, 2011

Untuk Pujaan Hati

Dia,hahahaha...susah nak describe insan bertuah ni
Yang nakal-nakal,dengki,khianat confirm laa Lin cakap dia.
Yang baik hati,chumel,cute,sopan dengan confidentnya SAYA
si nakal yang ketagih buku ilmiah-santai

Dia ni minat betul membaca, mende yang paling Lin tak suka nak buat
Tambah-tambah baca buku mengenai hal-ehwal semasa-semusing-sepening
Dengan bangganya daku akan TERtransform menjadi sleeping beauty
Contohnya macam buku ni


Secara kesimpulan yang sangat KASAR, buku ni best!
Daku dah baca suku buku selama 4 hari dia bertapa dirumah
Rasanya buku ni layak ku hantar ke Perak
- lebih selamat keadaan buku itu disana bersama sang Jejaka

Baca pun sebab kena suruh...muncung mulut dibuatnya. Ini serius!
Betullah kata Jim Rogers tu..buat mende yang kita suka. Acapkali dia ulang-ulang ayat tu.
& dalam hati Miss Lin chantik muax2 ni memang sokong 101%!
Baca je ayat tu, terus tutup buku sebab daku memang tak suka baca buku jenis cenggitu
Harap Jim Rogers tak marah sebab ada orang mengaplikasikan sesungguhnya ayat beliau itu.Amalan yang tak kena tempatnya. Sori-mowi. Itu bukan novel chenta....
Peace No War!

To my lover -
Lin dah tak kisah dah kalau u nak ngadu kat bakal anak-anak yang Mama tak khatam buku ni.
(erh nak jadi Mummy laa, bukan Umi, erm Ibu pun macam best) 


Dan tak lama lagi, buku ni bakal kubungkus.
Berkelana la ia ke seberang utara sana dari selatan ini.
Bye-bye sang buku. I labiu....huhu.

p/s: buku & teh dari Cameron bakal ke sana yer Duv. Dan nak bagi banyak lagi sebenarnya cuma aduhai, tatau laa apa lelaki suka. Lelaki sekarang ni pelik-aneh-ajaib. Citarasa beza gila. Oh ya, Vit B Complex pun rasanya bakal dihantar. Kalau dapat jangan lupa mamam yer.

Saturday, January 1, 2011

Kisah Si Janggut

Janggut? Mesti tertanya-tanya kan siapa si Janggut? Janggut tu bapak aku. Huhu.... Dekat tanah air tumpah darah aku, yakni Johor, dia dikenali sebagai JJ (Johar Janggut) atau Janggut. Walaupun dah potong janggut pun, orang tetap panggil dia Janggut.

Sejak dari umur 18 tahun, bapak aku dah berkhidmat dengan kerajaan sebagai tentera laut. Semangat dia masih utuh sehingga hari ini walaupun dah lama dia bersara dari karier mulia itu. Tapi darah tentera masih mengalir dalam salur darah beliau. Aku ingat satu ayat dia, "Bila tiba masa nanti, semua masuk. Bak aje yang keluar." Beliau berkata sambil tersenyum bangga. Masa tahun itu, tahun 2010, umur beliau dah menjejak 57 tahun. Masih bersemangat waja. Tak menyerah kalah. Selama 13 tahun beliau di dalam arena itu. 4 tahun daripadanya dengan memegang jawatan Koperal. Beliau in-charge meriam. Sungguh aku bangga.

Di rumah ni yang tinggal hanya topi tentera laut. Berwarna putih dan beberapa pingat. Salah satunya daripada pinggat kayu bertulis Perak. Dia pernah bertugas disitu. Abang dan Kakak pun sempat lahir di Lumut. Hebat!

Jiwa bapak aku tak pernah luntur daripada perkataan tentera. Buktinya, dia bawak kereta pun macam nak bergaduh. Hahaha...laju nak mati! Cilok sana-sini macam dekat litar. Memang hebat. Macam-macam trick memandu dia ajar aku tapi aku masih terkapai-kapai.

Oke laa....itu sahaja. Walaupun bapak aku berdarah panas, dia masih seorang bapak yang penyayang. Itu aku pasti!