Sunday, October 31, 2010

beRita haRi ini (BHI <---- ala2 MHI)

1 November- atas kerusi, depan meja, menghadap 'si kechik'. Dilaporkan seorang gadis cute menghidap unstable emotion yang melampau. Kegilaan yang gila-gila bakal mengilakan semua yang tak gila [hanya insan seni faham ini, dan jika anda bukan insan seni maka anda gila sebab memahami bahasa gila]. Gadis yang cute dan masih kekal cute telah disyaki mengidap anime syndrome yang sangat teruk. Para pakar telah menotiskan youtube sebagai punca kerosakan yang melanda di hati dan minda BAGINDA, si cute itu.

Bukan itu sahaja, si cute juga telah terkena panahan Hlovate yang perkasa. Tidak boleh disangkal lagi apabila si cute makin bertambah cute bila hanya terlihat wall Hlovate dan mula selamba-gila-gila bersama fans hlovate sendiri. Peperiksaan hanya sebagai pitfall kepada Baginda dan sifat malas dan lalai semakin berleluasa dan bertebaran. Kesian si cute itu. Para alam cakerawala turut simpati apabila si cute mula menjadi ulat buku yang rupawan di atas tilam [perlu ke tilam?]

Ketiga, dugaan datang menimpa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Feveret si cute iaitu Naruto Shipudeen yang tidak berkesudahan memudaratkan kesihatan minda si cute. Para pengkaji pskikologi dan emosi bakal menarik diri dari menganalisis situasi ini. Kerana  panahan si cute makin bertambah cute [tahap cute tertinggi] bila melihat Naruto berkobar-kobar berjuang. Si cute menjadikan lagu tema animasi itu sebagai tangkal belajar. Tapi disebabkan si cute bukan Amalina-idola semalaya maka, si cute hanya mendengar lagu tanpa belajar.

SI CUTE, BERUSAHALAH!!!

oke..si cute bakal menukarkan page yang ada di blog. Nantikan!

Saturday, October 30, 2010

badly in LOVE

kira jatuh pada L0ST S0UL jugak kan. Badly in love kut, takle dikawal lagi dah perasaan itu. Dengan 2.... dua...two... Erh, saya bukan playgirl laa~ betul! Tapi dah nak suka nak buat camne.

Usui Takumi (Kaichou wa Maid-sama)

Takashima Kei (Special A)




haha..mereka sangat super-caring punya orang. Aku suka watak Takashima Kei, pergh!!! Sangat caring!!!!! Suka,suka,suka....hehe... sama laa macam Usui, tapi Takashima lagi caring
dulu aku minat dia ni
GOKU (Dragon Ball)
Tapi sekarang dia nampak pelik dan kartun sangat

pastu yang masih tetap di jiwa
Naruto

betul laa L0ST S0UL
gan kartun pun layan
>.<

PERKARA YANG DIBUAT SEBELUM AKU BELAJAR

Sejak bila aku dapat penyakit ni pun aku tatau. Tapi kalau sampai aje niat nak belajar, ada beberapa perkara berlaku secara tiba-tiba. [tak pernah minta perkara ini berlaku]

1) mood mengemas datang dengan hebat
Aku memang suka mengemas. Pantang ada mood, memang alamat habis semua benda aku kemas. Sampaikan barang orang pun aku akan tanya 'nak guna ke tak nak?' Kesian barang orang itu. Maka mereka pun kena pastikan barang-barang mereka itu berada ditempat yang sewajarnya. Tapi bila dah mengemas mesti penat kan. Maka korang fikir laa sendiri,sama ada niat nak belajar itu dapat diteruskan atau pun tidak ya

2) makan
Kalau tak kunyah minda tak bergerak. Kunyah sampai perut buncit. Orang lain kalau tengok boleh buat assumption aku dah mengandung 3 minggu. Punya laa boroi perut ramping dan kempis aku tu. Makan kalau boleh biar laa jenis jajan macam keropok ke, gula-gula ke. Tapi aku ni tak nak kalah. Kadang-kadang lepas juga aku makan biskut cecah Kopiko. Biskut Munchys atau Oreo pulak tu. Mak ai, memang ada usur-unsur kekenyangan beb! Dah kenyang mesti nak rest. Manjakan si perut boroi tu laa. Maka anda fikirlah lagi, adakah aku dapat studi???

3) belajar sambil baring 
Belajar sambil baring cuma buleh diaplikasi oleh pakar-pakar aje. Kalau tak biasa jangan cuba-try-test buat. Kalau degil gak nak buat, maka lepas 5 minit dah selamat dah jadi sleeping beauty. Itu laa aku. Kalau dah jadi sleeping beauty tu, jangan kepingin laa dapat bangun selagi prince charming tak datang bagi kiss. Dan adalah sangat tak logik kalau prince charming aku tu dapat datang kan? Sendiri fikir laa,  kalau dah nama tidur tu, celah mana nak studi kan?

P/S:: Entri kali ni memang melibatkan KBKK. Selamat berfikir ya!



Friday, October 29, 2010

HINT????

Tengah-tengah mood nak exam, kompem hint itu satu keperluan, keutamaan dan segala-galanya bagi seorang pelajar. Kalau laaa kena, memang time pekse sengih musang seguntang aje. Abez pekse pulak bagi sengih riak kat semua orang. Muka bercahaya dan bersinar macam kompem dapat  4 flat. Member kat sebelah memang dah buat muka tension dia tak sedar-sedar. Itu kalau kena laa yang di'spot'kan. Kalau tak kena???Camne??

Hahaha....aku pernah je kena situsi bingai ni. Tak bergerak tangan nak menulis esei. Entah apa aje yang aku fikir masa tu. Sempat pulak aku rangka jadual masa huha-huha aku bila dah habis final. Time exam tu merangka strategi berjimba-jimba. Dah tu nak buat apa? Semua yag dibaca tak kena. Itu pengalaman yang paling dasat pernah aku rasa. Macam tak pernah belajar!!!Lupa semua perkara, semua main point.

Masa sem 2, subjek feveret dan teras. Gila! 1 soalan dari empat yang dapat jawab. Lain-lain hampes. Terus rasa nak keluar bilik kuliah dan nak drop paper itu tapi tak semudah itu kan. Jawab juga, lepas tu muka monyok tenuk. Member borak pun tamau dah amek port. Member pun takut nak tegur. Punya laa tensi. Lepas tu sampai je rumah sewa terus 'kubur'kan diri. Macam laa tu last paper. Tapi dalam kepala dah risau, kut kena repeat paper tak ke niaya???Apa lagi, sepanjang hari aku tidur.

Penangan 'hint'! Baik dan buruk. Sem 5 ni satu hapa tak dapat 'hint'. Gempak laa!!!! Owh, member aku dapat tapi semua yang di'hint' tak kena. Keluar dewan pekse terus dia menjerit.

Wa..............dalam hati, nasib aku tak dapat hint. Tapi itu lepas kuar dewan sebelum masuk bengang gak sebab tak dapat hint tu. Hehhehe....Manusia....tak pernahnya cukup kan...

Thursday, October 28, 2010

P.I.L.I.H.A.N.

 Indahnya zaman gemilang dahulu kala. Sebebas sang helang menari diawanan, seriang burung pipit yang berdecip-decip, seindah kawanan merak yang menari dijalan. Berbunga sang hati tanpa sekelumit dan sebesar biji sawi menerajang, menghentak, mahupun mengherdik. Bukan tanpa rasa. Bukan tanpa deria. Bukan tanpa jiwa. Bukan tanpa semua. Aku, aku, dan aku. Aku, aku, dan aku. Sekali lagi aku melaung hanya aku, aku dan aku. Aku yang menentukan segalanya. Mahuku, impianku, cita-citaku, jalan tuju hidupku. Aku...semua aku.

Bila berkata tentang aku... tangan yang boleh mengoncang dunia pun aku bantah. Sekeras-keras suara! Tidak maka tidak. Ya, mereka kata aku terlalu tegas. Kalau dah kata hitam tak mungkin jadi putih. Walaupun pada ketika aku yang berada dalam keadaan ketewasan. Egokah aku sampai sekalian individu mula membiarkan? Egokah aku bila aku ingin kecundang bermaruah? Dan aku acapkali menjelaskan pada dia, kamu, dan mereka. Benarkan apa yang benar dengan kebenaran. Akan aku tunduk pada ketelusan dan ketulusan kebenaran. Jangan biarkan aku tertanya. Jangan biarkan aku yang pesong ini, yang khilaf ini, teraba-raba dalam kegelapan. Bukan itu caranya. Terangi mataku dengan kebenaran itu. Jelaskan padaku pada hakikat itu. Aku bukan egois. Aku bukan tidak boleh mengaku kalah. Ada caranya...agar kecundangku, ketewasanku bermaruah.

Tapi dalam setegas-tegas seorang aku, ada kalanya aku tersungkur. Seperti peminta sedekah yang merayau dan merayu simpati. Menagih. Argh! Mainan jiwa yang keterlaluan. Aku perlu kuat. Pilihan yang ada terlalu sukar. Masalah yang timbul terlalu besar. Bagaimana? Seorang aku akhirnya kalah? Beginikah cerita seorang aku?

Fahami....dengari.....suara hatimu. Itu pintaku.
Dalami....hayati....apa mahumu. Itu impianku.
Dekati....sayangi....bisikan kalbumu....itu keinginanku.

Ku perlukan bantuan dan huluran. Ku perlukan ketenangan dan ketenteraman. Dekati aku pada-Nya. Bersama. Bersama. Bersama. Bersama-sama. Doaku. Impianku dan semua. Adakah? Sinar itu adakah? Ketidakpastian.

Puisi? Bukan! Aku bukan puitis. Aksara hiperbola melambangkan kekalutan jiwa agar tidak berakhir dalam keadaan yang pasif. Agar tidak melakukan kekhilafan. Agar tidak menyakitkan. Walaupun aku tahu, setiap patah kata, setiap bait, setiap perengan bukan mudah untuk difahami. Tak mengapa. Walaupun hanya seorang aku yang tahu. Tak mengapa. 

Cetusan Minda Luka I

Wednesday, October 27, 2010

H.U.R.T.

sehari
tak dengar suara
sehari
hilang khabar berita
sehari tak berkongsi rasa
sehari
sehari
sehari

jumpa? lagi laa
berhari-hari tak
makan bulan sudah
mungkin bakal makan bertahun 
[kalau ikut hati yang sakit ni]


just fer one call but u turn me down...again
sorry
I did not pick up ur c0l
its just hurt me enuf


YOU SCARED ME ENUF!

aksi melampau yang aku tengok dari fesbuk-mate aku
tak mampu aku nak tengok dengan khusyuk bahagian terakhir video ini
NAK MUNTAH!!!!!!!!!!!!!!!
ini laa gambar yang aku sempat sunting dari bahagian akhir itu

muka terbelah semasa buat aksi terjun laut, tak boleh bayangkan yang dia masih hidup

sila layan vid penuh ini sekarinya berminat

DUNIA KHAYALAN ..DUNIA IMPIAN

 you all, we all mesti pernah dengar sebaris lagu Indon ni kan? Cerita dongeng yang TV3 suka-suka hati siarkan macam dah takde cerita melayu nak ditayangkan lagi. Dan aku pun suka-suka hati membiarkan diri aku kena tipu dengan cerita dongeng dari negeri seberang sana tu. Lagu dia berbunyi camni: [ade bunyi ker?]

 dunia khayalan..dunia impian

Aku percaya setiap orang suka berangan. Nak-nak aku. Kan bagus kalau ada sistem mengukur tahap berangan siapa paling hebat. Teringin nak tau aku ni ditahap yang mana? Tertinggi atau tercorot? ngee...Teringin nak bertanding dengan tya sebab dia pun kaki berangan [namo mara cayunk] dan baru aku tau juga dari entri terbaru beliau [mak ai,tinggi nyer pangkat] ialah beliau ada pasang niat nak amek anak angkat!!!!

tya! me tooo0000ooooo
aku pun rasa mak dan bak tak marah
rumah kami sunyi tanpa baby
[banyak benar aku mention nama tya disini]


dan  tya [lagi-lagi tya, kenapa dia sangat popular ni?] Memang sedih nasib zaman kanak-kanak itu. Apa punya ustaz da. Buang laa pangkat dan gelaran itu, tak sesuai langsung-langsung! Mende suruh budak-budak pergi mintak sedekah? bod*h betul! Marah!!!!!! Nasib orang-orang macam kita ni takde duit yang stabil kalau tak, aku laa orang pertama yang seret budak tu gi buat report. Tak guna punya ustaz!!!!

Oke, berbalik pada impian aku, dunia khayalan aku....aku nak baby . Well, untuk mematangkan diri mungkin. hahaha...I do love baby... sangat-sangat! te quiro mucho....saranghe...dan macam-macam. Tapi apakan daya ku. Hanya insan kerdil cuma [uhuk uhuk]

Kedua, impian nak bantu anak-anak teraniaya. Kan bagus kalau aku boleh dirikan sebuah rumah untuk mereka. Nak hantar mereka pi sekolah, belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap. [cucur ke nama tu?] dan biar mereka ada kehidupan yang elok dan sihat. Aku nak berbakti tapi apakan daya, masih jauh perjalanan hidup ini. Dan rumah itu aku nak namakan TERATAK CINTA. Betapa aku nak wujudkan suasana cinta dalam teratak itu. Aku nak diorang semua mahir dalam ilmu pengetahuan. Moga-moga~

Ketiga, aku nak semua rakyat dan bangsa melayu bersatu hati dalam menyelamatkan ekonomi bangsa. Aku nak sangat semua usahawan-usahawan mahupun besar, sederhana, ataupun kecik bagi sumbangan pada anak bangsa yang tak berkemampuan. Aku nak buat satu badan atau institusi untuk mengumpul duit untuk mereka yang layak. Sememangnya kekayaan usahawan-usahawan itu semua bukan untuk mereka sahaja dan aku pasti mereka faham itu. Sedih laa aku tengok slot BERSAMAMU, TV3. Maka ada perlu kita bantu bangsa sendiri bukan bergantung pada kerajaan semata. Kan, kan, kan? 

Keempat, impian aku nak ada bisnes sendiri tapi ............... [biar laa rahsia]

Tuesday, October 26, 2010

Special A anime- my memory

berapa kali nak cerita
tapi ianya macam___errrr

7 frens huh?
I ever felt dat situation too
it's like home, one family and the best part, we tried to protect dis bond
with no hope it will be broken 1 day
live happily with only 7 of us

no need to understand well & we hide our feelings & problems too
but we do love all of us
we tried to make a thousand of laughs and smiles
farewell probs, farewell unpleasant feelings
but again, it is just only a memoir now
those are sweet memories
deep inside my heart, i do missed you guys



JAPANESE ANIME SYNDROME

err....
macam budak-budak
walaupun umur dah boleh jejak MAK budak
tapi who cares????i do enjoyed it
my favourite, my hobby...so what????

kali pertama aku mendownload anime
BOKURA GA ITA
okeh, kartun ni memang rasa SANGAT TAK LOGIK
mende umur cenggitu boleh &$%^^#$4  tapi nama pun anime kan
maka, anime itu suatu ilusi lagi khayalan
kalau umur cam anime kat bawah ni takpe, ada can nak 'kena tipu'

[siyes, aku nangis time ni. SUNGGUH!]


anime kedua aku sibuk jugak-jugak nak sedut
SPECIAL A
[time nak final exam pulak tuh, sem akhir lagi]
this is really unique anime
lawak pun lawak
cintan pun cintun
opening song > http://www.youtube.com/watch?v=i-TwFzvy6gg

p/s: bukan 'sangat senang' nak download satu-satu episod ni
pendek kata semua anime yang abis aku akan melalak
antara sebab terpilih:
1) habit - Dragon Ball, Special A
2) anime tu sedih - Bokura Ga Ita
3) dah kena cari anime baru, huh huh huh



Friday, October 22, 2010

tERuknyer!

lagi & lagi
bussy

????
awek ke mana?
takde masa khas!
nak dating jauh
webcam tak kena masa

argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
balik-balik
sabar,sabar,sabar
faham,faham,faham

t*w*r    h*ti
i'm nobody
again~~~
being lonely girl

Wednesday, October 20, 2010

DiA issABella....LamBang CinTa yAnG

suara dia mak oi.....!
@#$%^&**
tak dapat digambarkan

dulu boleh ter-ta-ching
sampai dia pun asyik say sorry
tapi sekarang macam nak gelak guling-guling tergolek terbaring
hobi baru - kacau 'dia' tidur

tiap kali dia tanya
nak apa ni?
kalau tanya apa jua jenis soalan kat dia pulak
paling hebat dia jawab
erm
benda yang tak pernah hilang dari perbualan
tau....nanti bangunlah
dan kalau dia dah bingit
ngantuk laa, nak tidur...tak cukup tidur ni dan bla bla bla
[pembebel terlatih tahap tertinggi]

kalau laa kacau dengan niat berbaloi-baloi gak nak kena marah
tapi kalau dah dia yang suruh kejut
mahu makan dalam kena layan cenggitu kan?


dedicated to my DEARY DUV

Majlis Pra Graduan

Aktiviti : Lunch
Tempat: Hotel Equatorial, Melaka
Tarikh:18 Oktober 2010 - sejurus pulang dari trip 


terima laa si chumel ini

housemates yang hadir
selebihnya absent...makan free ni
 bersama Ayah Man
Koordinator Program Pemasaran
En. Norazman Harun

Cameron Highlands

Aktiviti : Percutian sambil Belajar
Tempat: Cameron Highlands
Tarikh: 16 & 17 Oktober 2010Jawatan: Setiausaha (tapi buat laporan je, tak terlibat penuh)
Subjek: Environmental (gabung bersama Issues in Marketing dan Strategic Marketing Management)
Bilangan terlibat: 90 orang pelajar dan 3 orang penasihat, 8 drivers dan 3 buah bas
Antara kawasan yang diterokai:

  • Bee Farm
  • BOH Plantation
  • Strawberry Farm
  • Time Tunnel
  • Hotel Rossa Passadena (dinner -tema: kasual)
  • Gunug Brinchang


pergi BOH Plantation
selamat tinggal bas UiTM, kami kena naik bas sekolah untuk ke sana
 pandangan yang indah
 antara mesin yang ada
kalau nak tahu, teh yang paling kasar adalah teh yang terbaik
ada 4 jenis teh (english/indian tea, black tea, green tea, lupe...)

 petugas yang memberi penerangan
oh ya, bagi yang mengandung untuk 3 bulan pertama
sila tingalkan teh kerana dia boleh mengecutkan rahim anda
sekaligus meyebabkan telur itu rapuh dan gugur dari rahim
green tea adalah teh yang terbayek tapi amalkan mengikut kesesuaian
makan dulu sebelum minum teh yer!

__________________________________________________________________________________
TIME TUNNEL
aku jumpa formula aneh ni..ngee, lawak! tapi bijak

kechik nyer laa kan

 kalau korang nak tau, DARLIE toothpaste yang ada dulu cenggini rupa dia
sebelum ni brand name dia DARKIE tapi tak sesuai dengan bahasa di Malaysia
sejibik DAKI kut...pastu letak kat gigi...iyew~
maka bertukar kepada DARLIE (K--> L)
tapi maintain muka beruk tuh...isyh! sekarang senonoh laa sikit kan?


________________________________________________________________________________

DINNER : STEAMBOAT at Rossa Passadena
tea cina sangat tawar

 tema: kasual
selain makan-makan, kena buat persembahan mengejut
ketiga-tiga kelas tak terlepas kena buli dek lecturers
dan kami pun tak lepas peluang nak buli lecturers balik semula
PAK CHAD, PM SHA & PN ASMAH memang the best!
walaupun batch aku ni NAKAL!

__________________________________________________________________________________

apartment (rm240 sehari)
duduk dalam 10 orang satu rumah
coolio! can considered as fully furnished

 menunggu ketibaan truck dan van untuk pergi ke Gunung Brinchang


 disabotaj oleh penjenayah alam sekitar
baja kompos yang disediakan oleh pihak R.E.A.C.H. dibakar
untuk kami membuat aktiviti penanaman
itu KEJAM kan!
 sikit lagi mau sampai puncak Gunung Brinchang
tapi ini pun dah kira bagus
tapi....tak buat senaman pun sebelum mendaki tanah curam!
gila laa
 R.E.A.C.H. team members
sangat berdedikasi dan sayangkan alam sekitar
sayangkan Cameron Highland
Indian???Where is Malay??? Ini kan Malaysia
come on, bangun dan bukak mata...ini tugas bangsa kita laa

Buat pengetahuan kalian, CH ada 122 anak sungai tapi 2 anak sungai aje capai GRED A
yakni boleh diminum...selebihnya dipenuhi najis manusia
yang apabila di didihkan kuman dan bakteria dia belum mati lagi

kawasan yang lapang tu sepatutnya ditumbuhi pokok
tapi penjenayah alam sekitar telah 'merogol' nya
sehinggakan tanah yang ada tu tiada lagi unsur mineral maka
tiada tumbuhan boleh hidup...HEBAT!

info lain: si kechik pokok yang paling halus lagikan renek
lupa nama dan takde gambar (berwarna kelabu)
sangat besar pengaruh dalam menggalakkan pertumbuhan pokok di hutan dan gunung

resberry segar dari pokok, rasanya masam
tak puas sebab kechik tapi syukur Alhamdullilah dapat merasa 

 ______________________________________________________________________________








exhibiton GO GREEN

Aktiviti : Pameran dan Seminar (tapi entri ni lebih pada pameran)
Tarikh: 23, 24, & 25 Ogos 2010
Tempat: Pusat Pelajar, level 4, KBM
Jawatan: Ketua Prop & Decoration
Subjek : Environmental Marketing


kelas aku bukan main lagi ak meriahkan majlis dengan membuat aktivit reka cipta
tapi lecturer aku lagi bijak! Dia suruh kiteorang masuk
SUDAHNYA!!!

apa pun group aku menang reka cipta
walaupun aku ambil semua hasil dari group aku untuk subjek Issues in Marketing
yakni aktiviti KAGUM dulu
 mana ada masa beb! nak settle pameran group, 
nak hias tempat pameran sendiri dan satu kelas agi
cari pokok-daun-dahan, nasib orang kg Mortem ada
nasib ada pengikut seramai 10 orang bawah biro aku


pintu utama
korang akan lalu jalan kechik ni pulak
tapi ada yang kata ini macam RUMAH HANTU bukan HUTAN
ye ker??? aku lari konsep gamaknyer
antara cetusan kretiviti aku
rostrum didepan gua hitam
terima kasih pada kerjasama MBMB sebab kasi pinjam bunga dan pokok
serius, tingkat 4 ini bau daun aje
hassshooom!!!
 dinding yang menjadi magsa menjadi pokok besar
trimas pada mydin yang memunculkan idea ini
antara aktiviti yang turut ada
photography - Alam Sekitar di Sekeliling Anda
sempat cilok gambar dari bf aku tapi tak menang
sebab konsep pertandingan ini tidak perlu ada cetusan lain
selain dari alam semulajdi sahaja
pemenang


harap maaf sebab gambar pameran pada official photographer
too sad, berlaku virus pendrive
usaha 'sedut' gambar tak boleh dilancarkan