Tuesday, October 5, 2010

Konvoi Amal Merdeka TMC

Dibawah penganjuran Kelab Rakan Intelek (RI). Kelab baru, tak sampai setahun waktu aku semester pertama masuk. Agak aktif....boleh laa dari tiada aktiviti langsung. Orang kata ini kelab budak baik-baik. Kalau korang rasa aku baik, betullah tu kelab ni kelab orang baik.


Masa ni, dorang mengadakan Konvoi Amal Merdeka diadakan masa bulan 8, bulan Malaysia mendapat kemerdekaan. Sebab tu nama konvoi pun letak ayat merdeka. Kami diiringi oleh pasukan bermotor besar yang ala-ala Harley Davidson tu.(Gambar tiada laa pulak. Maaf.) Disebabkan ditemani oleh segerombolan pemilik motor dan bersama motor itu juga ada istilah konvoi. Kami, pelajar naik bas aje. Dua bas pergi Jasin. Bukan ahli RI pun ikut-serta.  Pergi Jasin tu bukan sebab nak merayap tapi sebab nak ke rumah anak-anak Yatim. Bermain dan belajar dengan mereka. Tapi kan, anak yatim yang nak masuk fasa si dara adalah sangat pemalu sampai diri sendiri pun jadi malu nak bertegur mereka. Nak join dorang memasak memang failed. Duduk luar jela yang mampu. Lain pula dengan yang kecik dan lelaki remaja, boleh tahan ramah dan tamah.

Antara ahli RI yang dikenali
berkumpul di kolej lelaki
Kolej Tun Mamat (KTM)
 Rumah anak yatim
Memang spesis sebuah rumah pun
Macam rumah mak-ayah korang tu laa
cuma ada kawasan luas untuk berlegar dan mini dewan
 Antara yang mengikuti
(mini dewan)
 Ahli RI yang aku pun tak kenal

No comments: