Wednesday, October 27, 2010

DUNIA KHAYALAN ..DUNIA IMPIAN

 you all, we all mesti pernah dengar sebaris lagu Indon ni kan? Cerita dongeng yang TV3 suka-suka hati siarkan macam dah takde cerita melayu nak ditayangkan lagi. Dan aku pun suka-suka hati membiarkan diri aku kena tipu dengan cerita dongeng dari negeri seberang sana tu. Lagu dia berbunyi camni: [ade bunyi ker?]

 dunia khayalan..dunia impian

Aku percaya setiap orang suka berangan. Nak-nak aku. Kan bagus kalau ada sistem mengukur tahap berangan siapa paling hebat. Teringin nak tau aku ni ditahap yang mana? Tertinggi atau tercorot? ngee...Teringin nak bertanding dengan tya sebab dia pun kaki berangan [namo mara cayunk] dan baru aku tau juga dari entri terbaru beliau [mak ai,tinggi nyer pangkat] ialah beliau ada pasang niat nak amek anak angkat!!!!

tya! me tooo0000ooooo
aku pun rasa mak dan bak tak marah
rumah kami sunyi tanpa baby
[banyak benar aku mention nama tya disini]


dan  tya [lagi-lagi tya, kenapa dia sangat popular ni?] Memang sedih nasib zaman kanak-kanak itu. Apa punya ustaz da. Buang laa pangkat dan gelaran itu, tak sesuai langsung-langsung! Mende suruh budak-budak pergi mintak sedekah? bod*h betul! Marah!!!!!! Nasib orang-orang macam kita ni takde duit yang stabil kalau tak, aku laa orang pertama yang seret budak tu gi buat report. Tak guna punya ustaz!!!!

Oke, berbalik pada impian aku, dunia khayalan aku....aku nak baby . Well, untuk mematangkan diri mungkin. hahaha...I do love baby... sangat-sangat! te quiro mucho....saranghe...dan macam-macam. Tapi apakan daya ku. Hanya insan kerdil cuma [uhuk uhuk]

Kedua, impian nak bantu anak-anak teraniaya. Kan bagus kalau aku boleh dirikan sebuah rumah untuk mereka. Nak hantar mereka pi sekolah, belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap. [cucur ke nama tu?] dan biar mereka ada kehidupan yang elok dan sihat. Aku nak berbakti tapi apakan daya, masih jauh perjalanan hidup ini. Dan rumah itu aku nak namakan TERATAK CINTA. Betapa aku nak wujudkan suasana cinta dalam teratak itu. Aku nak diorang semua mahir dalam ilmu pengetahuan. Moga-moga~

Ketiga, aku nak semua rakyat dan bangsa melayu bersatu hati dalam menyelamatkan ekonomi bangsa. Aku nak sangat semua usahawan-usahawan mahupun besar, sederhana, ataupun kecik bagi sumbangan pada anak bangsa yang tak berkemampuan. Aku nak buat satu badan atau institusi untuk mengumpul duit untuk mereka yang layak. Sememangnya kekayaan usahawan-usahawan itu semua bukan untuk mereka sahaja dan aku pasti mereka faham itu. Sedih laa aku tengok slot BERSAMAMU, TV3. Maka ada perlu kita bantu bangsa sendiri bukan bergantung pada kerajaan semata. Kan, kan, kan? 

Keempat, impian aku nak ada bisnes sendiri tapi ............... [biar laa rahsia]

2 comments:

tia said...

lin, kita kan cakap kat semua lelaki kita kenal, kitan ak 12 anak..
tapi tadi tengok movie, pasal dia sedih sebab dia tak boleh handle anak-anakl dia sendiri dan dia sangat sedih sebab dia mengaku dia rimas dengan tangisan anak dia sendiri, apa nak cakap ek? pendek kata jadi emak memang mencabar! tak sabar!

Hang Liey Leen said...

wah..ramainya 12 belas!
tp betul jugak...cabaran..sangat besar t/jwb itu