Wednesday, November 24, 2010

Hari Pertama & Kedua Berkerja

Hahaha...Huhuhu...Hehehe...perasaan daku blur~~~
Mana Marketing Plan? Mana segala strategi untuk pemasaran?At least, customer behavior tu ada laa sikit-sikit untuk di observe. Akan tetapi aku tetap bercelaru nak cari tajuk tesis ni.

TIMBANG BERAT
Pertama sekali aku diperkenalkan dengan mesin penimbang emas. Aku boleh jadi bingung ingat step-by-step menimbang berat. Ini demi memastikan ketulenan emas yang digolok gadai oleh customer aku. Sekarang, boleh laa sikit lebih kurang aku guna menda-alah berkenaan.Tapi, air yang jernih jangan disangka takde berudu. Kalau laa mesin berkenaan sengaja bersifat PHD (perasaan hasad dengki) maka cara manual diperlukan. Aku tengok menda-alah yang kedua ni macam nak asah pisau jek. Ambil emas yang tak boleh dikira-timbang tadi dan gesek pada tempat yang macam asah pisau tu sebanyak 3 kali. Lepastu letak asid nitrik dan asid hidroklorik (kalau tak silap aku laa). Kalau hilang, confirm emas itu emas saduran! Tapi kalau terbit rasa ragu-ragu juga. Kena compare dengan sample emas yang ada. Banyak sample, dan semua berlainan. Sendiri tengok kandungan emas berkenaan. Ini step aku belum try lagi. Moga success!

REKOD PELANGGAN
Kedua aku belajar rekod menggunakan sistem komputer. Daftar Pelanggan, Daftar Penebusan dan Daftar Gadaian. Buat masa ini, itu je yang diajar kepada aku. Dan macam-macam kerenah pelanggan yang aku jumpa. Bukan setakat berchenta dengan sistem komputer, aku pun kena berchenta dengan segala jenis resit dan agreement. Resit Tebus lain, Voucher Pembiayaan lain, Surat Gadaian lain dan Surat Akaun. Tagging pun kena buat. Kalau tidak, memang jadilah petapa terulung depan peti simpanan yang mak oi, beratnya pintu itu. Aku rasa 5 bulan praktikal kat sini, otot-otot aku boleh mengalah Malek Nor. Kita lihat nanti...

KIRA-KIRA
Ketiga, aku belajar cara macam mana nak tengok Harga Emas Semasa. Terima kasih pada website Bank Negara Malaysia dan Maybank2u. Dari situ aku akan kira harga emas, baik 18k, 20k,21k,22k,22.8k,24k. Dan setiap k (karat) emas ini ada nilai kandungan emas yang aku kena hafal. Dan tahniah sebab aku tak hafal lagi. Nak kira Harga Emas Semasa ni pun ada formulanya sendiri. Yang penting aku kena tengok harga untuk 1oz.

Keempat, aku kena berchenta pulak dengan calculator. Sebab aku tak boleh suka-suki aje guna sistem komputer untuk buat pengiraan.Sekali customer tak nak proceed camne? Aku jugak yang gelabah. Maka, aku kena aktifkan saraf matematika aku. Cemas memang pasti! Nombor dengan aku mana boleh duduk satu line. Salah disisi hukum-hakam Cik Leen tu... Tapi tuntutan kerja pun tak boleh diabaikan. Aku kena kira:

NILAI MARHUM
setelah Harga Semasa dikenalpasti maka boleh laa dapat nilai ni.

PINJAMAN
berdasar berat dan harga barang emas itu. Dah tu, ada percentage yang berbeza yakni terbahagi kepada 70%, 65%,60% dan 50%

UPAH SIMPAN
atas 1K- 0.7% dan bawah 1K-0.65%

APAPUN, AKU SENDIRI RASA KAGUM TENGOK EMAS. BARANG KEMAS TU DAH BIASA TAPI KALAU DINAR EMAS, GOLD BAR & KIJANG EMAS. Wow! Nampak je kechik!

oke, tahniah kepada aku sebab berjaya ulangkaji pada hari ini. Semoga berjaya untuk hari ketiga bekerja esok hari. Muax untuk aku.

Wednesday, November 10, 2010

wAH!!!

WAH!
ye, aku terkejut-terkesima dan terpesona
dengan perubahan persekitaran milik ayahanda dan bonda aku
yang pada mulanya begitu daif, sama-sama aku merasai
sampai laa sudah bersenang sedikit, pun turut aku merasai
tapi selepas aku menjejak kaki ke bumi Melaka
demi meneruskan pembelajaran aku
terlalu banyak perubahan yang melanda
baru nak masuk 2 setengah tahun kut aku kat sana

jalan raya memang banyak je yang tengah dalam pembinaan
aku tatau berapa banyak sudah fly over kat JB ni
itu kalau luaran laa tapi bila melibatkan famili aku sendiri, lagi aku WAH!

semester pertama, WIRA dah ditukar CITRA, siap tambah WAJA, milik abang aku
punya laa aku terjengah-jengah mencari teksi bapak aku, rupanya mereka datang dengan kenderaan baharu
walaupun beli secondhand je..laaa ni banyak ragam! isyh!

lepastu, rumah aku dah pasang air-cond kat ruang tamu utama
WAH! sampai tak jejak aku kat ruang tamu utama tu
risau bil lektrik naik pun iya
tak cukup dengan tu, pasang zink kat depan rumah
pasang itu-ini, sampai tak lena tidur aku. 
rasa bukan macam kat rumah sendiri

sekarang yang terbaru, bapak aku dah beli TV feveret dia
masa sem lepas aku dah dengar dia gian nak pekena TV tu
minat betul! pantang nampak..kompem singgah tanya
last2 dia kata, da ade duit bawu beli
alih2 mende alah yang dia idam tu dah ada depan mata
fuiyooo...TV ada 4 kat uma ni. kat ruang tamu utama, tengah, bilik abang dan bilik mak-bak
erh, TV lg satu yang ala-ala hidup segan mati tamau tu mana???
aku tahu laa TV tu veteran tapi unik beb! mana pi?
kalau kasi campur, dah 5 TV ni....
bole masuk bilik aku TV tu

waa, bila bilik aku nak pasang air-cond gan TV???
yang palin aku nak, bila aku nak pakai KERETA???

Thursday, November 4, 2010

seRik

dulu....sangat yakin dengan hati sendiri
disebabkan riak yang berlebihan
dia juga terbakar sendiri
heh!

sekarang
serik
pasti serik
jangan bermain dengan perasaan
walaupun itu perasaan sendiri
ye, perasaan sendiri milik sendiri yang diberi oleh Tuhan
sejauh mana dapat kawal perasaan???
walaupun dia jauh terperuk dalam diri

terlalu yakin dalam mengendalikan hati
huh!
kau pasti cetek akal!

Wednesday, November 3, 2010

Kaku-Beku-Kelu

Dia dah buntu. Buntu dengan kehidupan dia. Dia dah penat melangkah ke hadapan . Mengapai hidup yang sederhana tapi penuh keceriaan dan bahagia- itu Visi, itulah juga Misi. Dia tak pernah kisah atas status 'elit'. Dia hanya mahu 'aman', dia hanya mahu capai sekelumit 'rasa' dan 'bahagia'. Dia, manusia yang paling 'simple'! Mungkin acapkali dia terdedah dengan kehidupan sebegitu. Bedanya, dia ingin menambah sedikit warna-warni kehidupan. Dia mahu bibirnya senantiasa mengukir mekar senyuman. Dia hanya ingin ketawa.

Tapi sesenang-senang perkara boleh jadi sesukar-sukarnya bagi seseorang.

Itu yang dia rasa. Tekanan menghentak, menghentam, membelasah sampai dia terpaksa berhenti dari berharap. Dia tak mahu tewas tapi kalau bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Tangga dengan sebelah kaki tak kan berdiri. Dulu dia mengejar mesra dan memijak zarah-zarah pasir untuk berlari- bersama, pasti. Ibarat sang awan yang setia berarak menemani. Bagaikan angin yang taat menghembusi. Tapi sekarang..... dia hilang~

Ya...dia hilang semangat. Dia hilang harapan. Dia hilang kata-kata dan alasan. Dia bisu, tak punya suara. Yang menjerit keluar hanya suara hati. Suara hati??? Siapa yang mendengar. Hanya dia....oh, dan DIA-Tuhan yang disembah. Sekali lagi.....kecundang ini, ketewasan ini, dan kehilangan ini. Hanya dia...dia...dia. Hanya dia yang faham, faham?!

Kalau dulu dia berlari, dan akan tetap mengikut jejak langkah dihadapan sekalipun pernah terjatuh. Da tak berhenti. Dia masih mengikuti. Berlari seiringin, sehabis daya. Semuanya atas dasar OPTIMISTIK! Mengalah dan bersabar. Akan ada hikmah. Fikirnya. Dia pernah aje berhenti mengejar, dia berhenti tetapi berjalan. Kemudian berlari semula dengan satu 'tolakan'. Tapi dia jatuh lagi, entah kali berapa. Berulang kali, berulang kali, berulang kali. Sampai sudah bila dia jatuh lagi, dia akan bangun. Bagus! Dia tetap berjalan, mengikuti. Walaupun langkah itu kekadang ke depan dan ke belakang. Tapi dia masih nekad dan tekad mengikuti. Dengan harapan...HARAPAN.

Hanya satu kebenaran yang terpacul itu, hanya satu hakikat yang tersembunyi itu, dia sedar. Berlari mengejar???? Atau berjalan??? Berlari...berjalan... Berpaling?! Nawaitu ada..betul ada.Nawaitu untuk berpaling atau secara kasarnya, mengalah. Tapi kekuatan hati, kesedaran akal, kelogikkan minda memintas. Tak mungkin berpaling....itu tak mungkin! Hati yang meminta untuk terus di situ. Kelukaan adalah kesakitan. Faham.

Tetapi....adalah sangat mengoyak dan merobek hati sekiranya terus-terusan berlari. Sangat mengewakan harapan untuk terus-terusan berjalan. Apa yang dirasa sudah mencukupi.Maka dia pilih berdiri. Berdiri dan memerhati. Dia bisu, dia hanya mendengar. Minda kosong, tak berani merangka. Hanya untuk diri dia. Hanya untuk diri dia. Hanya untuk diri dia. Dan MAAF. Bukan dia yang pinta. Itu suatu kepastian. 

Cetusan  Minda Luka 2
Cetusan Minda Luka  I