mesti pernah kan.intro dia cenggini
Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Aku nak bagitahu pada semua orang
terutama sekali kepada mereka disekeliling aku
bahawasanya - JOHOR, AKU OK
bahkan aku nak melaungkan juga - MALAYSIA, AKU OK!
dan nak menjerit juga - DUNIA, AKU OK!
maka tak perlulah sesiapa bersedih-hiba-melara-duka
sebab NOOR FADZLIN JOHAR ini sentiasa ceria-gembira-suka
macam lagu itu...tidak engkau seorang juang hingga titisan
masa dekat hospital semalam, aku jumpa seorang perempuan muda ni.
mungkin bawah umur aku. dia ada sakit skoliosis. masih belum bedah.
dia kurus keding macam aku juga.
dalam masa yang sama juga dia pun ada masalah payudara.
semestinya, sebab semalam memang kes payudara sahaja dekat sana.
sedih dengan dia, sebab masih belum buat pembedahan.
bukan sahaja dia tanggung sakit tapi tanggung perasaan rendah diri yang keterlaluan.
moral of the story, aku tak patut nak rasa apa-apa.
sebab ramai je orang yang sakit teruk daripada aku.
dugaan aku kecik jek maka korang semua tak perlulah bersimpati dan kasihan.
aku masih cukup sifat dan pancaindera macam korang
cuma kurang sihat sedikit sahaja tapi hati aku kuat. mungkin lebih kuat dari korang.
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
usah diragukan keupayaan sendiri
iya, memang tak payah ragu keupayaan sendiri.
teruskan gerak-gempur dihadapan.
so frens, no need to worry about me yeah!
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
hati yang membara...
hakikatnya kalau kena pembedahan, aku masih belum ada keyakinan yang jitu.
maka wahai insan sekeliling, tolong jangan tunjuk kasihan dan simpati pada aku.
AKU OKAY jek. betul. jangan tambah perasaan tak yakin dalam diri aku.
nanti aku tak dapat bangun dengan cepat selepas pembedahan. tak nak masuk ICU.
nak semangat. aku perlukan semangat yang tinggi. maka jangan punahkan.
kalau nak dibanding sakit skoliosis dengan fibroadenoma memang berbeza.
tak ramai yang tahu aku sakit skoliosis sampai aku bedah. sebab aku tak nak orang tanya.
aku tak nak orang kasihan. dan alhamdulillah aku ok.
buat masa ni, dengan teknologi canggih ni, aku cuma nak berkongsi pengalaman dengan semua.
bukan simpati. bukan kasihan. jadi jangan cerita dan jadikan bahan topik perbualan.
ambil iktibar dan ambil tips. itu sahaja tujuan aku post dekat blog.
sama-sama kita belajar pasal penyakit ini.
No comments:
Post a Comment