Sunday, February 27, 2011

GAME PETANQUE DI BATU PAHAT

السلام عليكم

Da lama rasanya tak update blog maka pagi ni awal2 dah skodeng blog member.Tersenyum sorang-sorang bila baca entri mereka sambil dalam hati berbisik,'wah! rajinnya update blog!' Tak macam aku. P.E.M.A.L.A.S.



Kembali kepada topik pada hari ini, pertama sekali semoga diberkati Tuhan yang maha Esa kepada kedua orang tua, abang, kakak dan abang ipar, adik perempuan dan adik lelaki serta jejaka pujaan di Ipoh. Tak lupa juga kepada diri sendiri, teman rapat, kenalan dan saudara sesama islam dan rakyat Malaysia semua. Termasuk jualah kamu yang sedang membaca entri ini (ada ke?)

Dijadikan cerita aku dan 5 orang dari Koperasi dihantar menjadi wakil untuk bermain 'petanque' di Batu Pahat. Semuanya sponsor - tidur hotel dan breakfast. Sebab utama kenapa aku JOIN this tournament walaupun tak reti main sebab dapat tidur hotel. Dan bukan aku seorang aje tak reti main, 5 orang tu pun sama. SETARAF aje maka tak perlu gentar. 3 orang pelajar praktikal dan 3 orang staff Koperasi.

Habis kerja petang Sabtu terus gerak ke Hotel Katerina. Kebetulan ex-classmate aku praktikal disana. Terkejut beruk dia! Aku maintain-cute tanpa make-up diwajah dan muka lepas bangun tidur plus selipar pink pejabat. Sempoi habisan! Lepas check-in terus plan pergi cari  lunch (walaupun dah masuk petang) di The Summit  mall.

warna kuning-merun-oren tu THE SUMMIT

Nak komplen pasal kat sana takde FOOD COURT! Pastu kedai mamak dia jual nasi pataya yang ciput tu dengan harga RM5.50.Huh...Lepas tu nasi pataya dia kosong! Takde ikan bilis pun. Sayur sawi yang dipotong tu dalam pinggan aku cuma ada 3-4 jek. Bawang pun takde. Hirisan cili dalam 2-3 hiris. Kalah harga di bandar woi...Dah laa hantar air ada haiwan berkepak. Ala, spesis haiwan yang suka hinggap dekat buah busuk tu. Bukan satu air je tapi 3 air kami tukar. Muka dia baik senyum dah naik mencuka.Buat kerja pun dah mainhempas-hempas. Cet! 

Selain itu, wayang kat sanapun tak ramai orang. Dalam panggung cuma ada 8 orang sahaja. Kami 6 orang tambah 2 orang yang lain. Tak happening pun. Buat bising pun takde yang kisah. Kalau dekat JB bukan takat kena sounds jek tapi siap kena sepak mulut agaknya. Punya beza! 

Apa pun dress-up dorang boleh tahan. Yang mana rambut 'berkarat', gaya jeans skinny, baju yang ala-ala nak terjah party halloween semua ada. Erm, dalam hati aku cuma kata TAK SESUAI laa, adik-adik. Balik rumah baca buku lagi berfaedah. Mall ni tak gempak mana pun. Nak tak nak, filem Sanctum menjadi entertainment malam itu. Dan pop corn yang paling besar saiznya sama besar dengan size medium pop-corn di JB.


Pagi Ahad, kami breakfast di Katerina. Terus-terang kata I DON'T LIKE THE MENU. Walaupun aku ni watermelon-addicted tapi tembikai nak makan pagi-pagi memang tak sesuai. Nanas pun bukan buah yang cukup digemari dipagi hari. (+_+!!) Aku suka KOKO KRUNCH dan Cornflakes sahaja. Bilik semalaman dalam RM200 termasuk breakfast. Extra bed untuk RM68 yang ada rupa sejibik macam katil dekat hospital.

Berhenti cerita pasal benda free itu, kita masuk topik utama yakni GAME PETANQUE anjuran Angkasa.  Ejanya 'petanque' kalau dari segi bunyi ada macam 'pear-tong'/ 'pear-tang' tapi bukan petang ok. Banyak juga pernyertaan. Petanque wanita ada 8 team.


pic ni sumbangan Pak Google.
Tapi besar macam ni lah size padang kami.

bola petanque yang berkilat. Kami punya tak sekilat ini.
Tapi memang ada team datang dengan bola berkilat cenggini. 
Psiko!


Apa pun, walaupun 1st timer, yang penting kami menang!
Menang gaya sudah tentu. Nak-nak aku.
First time test dekat padang bola selalu melencong ke tepi.
Tapi bila tournament, nasib baik bola aku tak banyak yang tersasar. 
Ada je yang hampir bercium dengan jack (bola kecik. warna merah dalam pic tu). Tak sia-sia aku test banyak kali.
Betul kata orang. Practice make Perfect.
cenggini laa stail aku baling tapi ini bukan aku oke. That's why dapat jolokan menang gaya.
Gaya ada tapi mata hampeh!

Yang kedua kami menang mata. 5 mata semasa 1st game (vs mersing). Kira okay laa.
Lawan dengan team yang 1st timer juga. Tapi mereka sudah tentu practise. 
Cikgu-cikgu tu mesti selalu berlatih kat padang sekolah, ya dak.
9-5...Menang mata Kalah bergaya

2nd game (vs Seminchu) memang hampeh. Lawan dengan otai petanque. Cuma seorang sahaja 1st timer.
Nak tak nak, kena balun 9-0 dengan senang hati. Kalah betul.
Tapi kat kepala otak memang dah salahkan bola pinjam.
Dah lah pinjam bola orang lain, dipersalahkan pulak tu.
Tapi sejujurnya kata, group lelaki pun kalah dalam game sebab bola pinjam ni.
Nak kata apa. Macam badi. Hehehe...
(p/s: sebenarnya tak reti main)


Apa pun aku kagum dengan team otai (lelaki) main duduk. Hebat! Aku pun cuba masa tournament.
Nak test tak sempat. Last-last bola aku memang melencong habis! Buat kena gelak aje.
Aku sendiri pun gelak. Adeh...

Ok laa chow!

No comments: