12 Jun 2011 - Bersama BAK-MAK-KAKAK-ADIK FAIZ berjalan-jalan menghabiskan hujung minggu bersama. Lokasi pertama semestinya, TESCO EXTRA. Itu pun sebab nak beli buah tangan untuk sepupu yang berada di wad gara-gara accident selain beli seluar dan kasut baru Faiz yang sudah semakin kecik.
Lepastu baru pergi berjimba-jimba. Mula-mula ronda2 memang takde buaya. Hanya sarang je. Tapi betul jugak, kata pergi SARANG BUAYA TEMBAGA. Tengok sarang jela. Kan, kan, kan???
Semestinya orang akan naik gila sekiranya begitu keadaanya. Tiket dewasa RM4, kanak-kanak RM2 (harga selepas promosi). Mahal kot kalau takat tengok sarang je. Ceit! Dah laaa panas terik walaupun dekat dengan laut.
 |
ini buaya batu. tak mungkin bole pegang buaya sebegini rupa kan.
|
Hari yang panas terik tidak memungkin kami anak-beranak berlama-lamaan disini. Maka mak teringin pulak pergi PERIGI ACHEH. Namun, hampeh. Salah tempat. Macam masuk perkampungan orang asli pun iya. Sekolah pun atas sumbangan dan jasa FELDA. Kecik je. Besar lagi padang sekolah lama aku. Apa pun, sempat juga pergi tepi laut. Kawasan jagaan Tentera kat situ.
 |
chanteq kan??? |
 |
yang ni pun chanteq jugak. Ahakz~ |
Disebabkan cuaca pun tak berapa baik, maka kami pun berangkat pergi. Mak belanja Kenny Rogers menyambut Hari Bapa untuk Bak. Hehehe...~
No comments:
Post a Comment