Tuesday, June 14, 2011

KE SARANG BUAYA TEMBAGA

12 Jun 2011 - Bersama BAK-MAK-KAKAK-ADIK FAIZ berjalan-jalan menghabiskan hujung minggu bersama. Lokasi pertama semestinya, TESCO EXTRA. Itu pun sebab nak beli buah tangan untuk sepupu yang berada di wad gara-gara accident selain beli seluar dan kasut baru Faiz yang sudah semakin kecik.

Lepastu baru pergi berjimba-jimba. Mula-mula ronda2 memang takde buaya. Hanya sarang je. Tapi betul jugak, kata pergi SARANG BUAYA TEMBAGA. Tengok sarang jela. Kan, kan, kan???

Semestinya orang akan naik gila sekiranya begitu keadaanya. Tiket dewasa RM4, kanak-kanak RM2 (harga selepas promosi). Mahal kot kalau takat tengok sarang je. Ceit! Dah laaa panas terik walaupun dekat dengan laut.

ini buaya batu. tak mungkin bole pegang buaya sebegini rupa kan.

Hari yang panas terik tidak memungkin kami anak-beranak berlama-lamaan disini. Maka mak teringin pulak pergi PERIGI ACHEH. Namun, hampeh. Salah tempat. Macam masuk perkampungan orang asli pun iya. Sekolah pun atas sumbangan dan jasa FELDA. Kecik je. Besar lagi padang sekolah lama aku. Apa pun, sempat juga pergi tepi laut. Kawasan jagaan Tentera kat situ.


chanteq kan???
yang ni pun chanteq jugak. Ahakz~

Disebabkan cuaca pun tak berapa baik, maka kami pun berangkat pergi. Mak belanja Kenny Rogers menyambut Hari Bapa untuk Bak. Hehehe...~

Friday, June 10, 2011

Minat ke Hobi?

F.R.A.M.E.
A.L.B.U.M.
P.I.C.T.U.R.E.
NOSTALGIA seakan-akan melayari minda
senyum sorang2 itu pasti
ada ke orang marah tengok gambar?
aku...entah. Cam xde je.

Walaupun ini minat dan hobi aku tapi aku tak suka beli.
KENAPA?
sebab bila nak beli je, semua tengok cantik.
Bila semua cantik maka akan timbul rasa konfius.
Kekacauan minda tahap tertinggi.
Maka tak beli.
[logik tak alasan ni?]

Trimas buat Lili & Ekin atas hadiah frame sempena hari lahirku.
Dan maaf buat Ekin juga sebab, pemberianmu sudah patah dan harus dibuang sebab kaca frame itu mungkin membahayakan.
Buat Lili, masih ada. Dan aku letak gambar aku yang paling chumel. :)

To Lili: Chumel kan?
Gambar masa Tadika, tahun 1994 dan masa semester 5, tahun 2010

Tadaaa~~
satu-satunya bingkai gambar yang dibeli sendiri.
Gambar tahun 2008

Sebenarnya beli pun nak bagi orang lain tapi tak jadi.
Tak semua orang suka frame macam aku kan. 


Beralih pada kisah ALBUM pulak


Koleksi aku cuma 
3 ordinary albums; 2dari Fuji & 1 Kodak
berserta satu kotak album (warna biru tu) tapi ada 5 buku:
1. keluarga
2. kawan2 baik
3. pengalaman tempat kerja
4. tadika-menengah & 5. kenangan FORM 6
(dibalut pembalut hadiah warna biru juga)
kelima-5 buku tu ada yang xcukup ruang, dan ada yang ngam2, dan ada yang hampir penuh.

Maka
I NEED NEW ALBUM!!!!
Album untuk UiTM dihatiku. Banyak tau!
Album untuk DIRI SENDIRI. Super-Duper banyak!