Tak lama lagi 'dating time'!!! Bila fikir je rasa macam nak senyum dekat semua orang. Adik aku pun sampai cakap dia dah sebal telinga dengar. Sebab aku masih tak ada penginapan sempurna untuk si dia. Kasihan dia, datang jauh-jauh kan. Tapi masa tu lambat lagi. Ada laa dalam sebulan lebih lagi. Aku memang agak poyo, bila start senyum pada alam semesta. Dinding kat rumah ni pun boleh retak kot kalau aku asyik senyum je dekat dia. Tunjuk kecomelan aku pada semua, memang semua akan merasa iri hati. Tak apa, senyum...tak perlu kata apa-apa.
Tapi bukan setakat tu je kepoyoan Cik Leen ni. Siap beli baju baru lagi (sememangnya Cik Leen menang berbelanja). Baju yang bakal menyerlahkan lagi kecomelan sedia ada. Rasa bahagia masa beli baju tu. Baju untuk pakai masa dating. Bukan selalu jumpa maka nak cantik-cantik. Hehehe....Bahagia betul (sebab dapat shopping terutamanya).
Sambil shopping tu pun kepala sesak fikir kerja. Uish, susah bebenar! Ada yang basic 500 dan 600. Keje makan komisyen jek. Nak-nak bidang pemasaran. Syarikat boleh tahanlah besar tak besar dengan lebih 30 cawangan sekitar Malaysia. Selaku kerani pemasaran, tapi gaya macam dah jadi pelatih pemasaran pulak. Kena serve customer di rumah mereka. Komisyen RM280/customer. Komisyen dengar masyuk jek, tapi basic...memang alamat keje aku kejar customer semedang.
Satu lagi , as tele-marketer. Basic 600, elaun 200. Komisyen 50/customer. Erm....erm.... yang ni memang kompeni kecil. Maka, tak mengapa. Baik aku jadi crew McDonal macam adik aku. Makan pun free. Tak pun ulang sejarah lama jadi promoter Jusco ke, Store Associate 7 Eleven ke. Adeh....
Sang member, lepasan dip dah pernah merasai apa yang aku rasa. Dia kata kompeni besar-besar starting memang 7 ke 800 je. Itu pun dekat JB gan KL paling tinggi. What the..... Nak kerja kerajaan memang sampai ke tua laa menunggu nasib. Apalah....tapi banyak jawatan semua dekat KL. Erm....
Kalau nak sangat kejar bidang pemasaran, jual produk bank atau insurans. Mau sebulan 2K untuk kau! Tapi berchenta laa dengan customer memanjang. Esok-esok jumpa mat hensem, leh kahwin. hahha.
Apakah semua ini.......???? Aku dilema. Dan bila call si dia, kena marah. Dia layan hendak tak hendak jek. Tensi. Hari shopping yang ceria bertukar duka. Tak nak pakai baju baru masa keluar.....! (yeke?)
No comments:
Post a Comment