Tuesday, May 10, 2011

TERPUKUL

As salam semua.

Aku sekarang penganggur tegar lagi terhormat dan masih kekal CHUMEL. Terima kasih. Cuba menaikkan berat badan tapi tak pernah berjaya walaupun beras di rumah makin habis dilahap. Bf, dia dah naik muak dengan aku. Mungkin sekarang dah masuk fasa jelak dan menyampah. Maka aku dah berhenti ganggu waktu dia. Dalam sehari tu, setakat dapat dengar suara dia sekejap sambil berkata 'CALL sekejap lagi." pun dah kira lepas rindu laa tu. Itu pun MAXIS caj 6 sen hanya untuk 2-3 saat. Mahal betul suara bf aku tuh.

Banyak dah aku apply kerja,kat kompeni besar-besar nak hantar pakai pos tapi alamat JABATAN SUMBER MANUSIA tak ada. Maka aku hantar email. Sumpah aku nak kerja dekat si PEMBUAT KICAP KIPAS UDANG- ZARA FOODSTUFF INDUSTRIES tu, dan nak masuk dalam ZFI Marketing. Nak kata aku pecinta kicap kipas udang ni taklah walaupun memang tu je kicap sejak azali dalam hidup aku. Aku minat banggunan dia. Cantik wooo... Harap ilmu yang bakal kugapai pun cantik. Tapi kompeni tu suruh apply tru email je. Dan aku pun dah apply dah. Harap dapat!

Sebenarnya aku minat gila dalam bidang kosmetik. Tapi kompeni kosmetik for sure dekat KL kan dan sumpah aku TAKUT KL. Semua segi aku takut. Takut aku pun terjebak dalam kancah sosial. Aku ni memang jenis fast learner lagi2 kalau bab negatif. Baik aku menjauhkan diri sebaiknya. Tapi impian aku pada kosmetik....ke sebab aku ni kaki melawa? Hahaha...kat situ, aku dah tak berapa nak pasti. Nak buka butik pun ada sebab aku si kaki shopping. Sama ada aku betul-betul nak kerja kat kompeni kosmetik atau butik sebab minat atau sebab hobi. Entah....

Maka, aku pun hmm.. apply laaa jawatan apa yang ada, di kompeni kecik tak kecik tapi tak cukup feymes. Melanggar pesanan bf aku yang kepingin sangat suh aku kerja TNB, SAJ, PETRONAS, dan bla bla bla...nama besar. Suruh aku hantar resume. Hmm...Aku tak buat lagi dan aku tahu bf aku dah pun merajuk nak nasihatkan aku. Hmmm...

Kat kompeni kecik-kecik kerja pun kerani maka gaji memang laa sikit. Antara 500-600 basic depa nak bagi. Bf aku kompem kata kecik, apatah lagi aku. Dulu kerja kat 7E pun dapat RM750, tak termasuk OT. Promoter Jusco pn dapat RM8/900. Agak-agak laa kan. Ke aku yang patut beragak? Konpius sebentar.

Maka terlahir aku si penganggur tegar. Kerja aku praktis jadi suri rumah tangga cuma bab masak belum lagi. Menjahit jauh sekali. Tapi bab mengemas itu memang kerja aku. Selain itu, aku jadi penganggu hidup bf aku. Sambil melayari Internet, mencari kerja dan tidur. Oo...adalah tengok tv ke dvd ke, kalau ada mood.

Sesekali angin positif datang. Aku baca blog, baca forum. Sejak dulu lagi graduan memang susah dapat kerja. Ada dip ke deg ke, dorang xdulik pun. Asal ada pengalaman itu yang penting. Tapi bila ada pengalaman takde pelajaran susah naik pangkat. Uiii, dunia memang putar alam-belit. Maka ada laa sesetengah blog/forum tu yang 'memukul' aku. Hehehe..betul-betul kena batang hidung sendiri. Sejibik bebelan bf aku. Orang-orang yang berdikari bermula dari bawah memang kaki ceramah kaw2 punya. Sengih je laaa. Nak menafikannya memang tak layak. Nak mengaku malu. Maka....aku punya plan


?????
Aku sayang bf aku. Motif??? Biar laaa aku sorang je tahu. Plan aku=aku sayang bf aku. Trimas~

coretan padat: aku banyak je apply keje dekat jobstreet tapi hampeh, semua tak panggil lagi. Kerja-kerja berdekatan rumah dengan jadi sales executive a.k.a. sales person memang laa ada aku pergi.  Tapi basic seperti di atas. Tak hidup bulan-bulan kejar komisyen. At-least basic 8/900 boleh tak? Apa pun, aku decide nak kerja lepas abis pembedahan kecil, maksud aku Julai nanti aku cari. Maka 2 bulan ni aku 'lepak'ing? Aku malas betul nak minta cuti awal2 nanti semua tahu aku sakit. Kan aku ni low profile.Huhu...

Thursday, May 5, 2011

DADIH JAGUNG + NATA DE COCO CIK LEEN

Yes! Akhirnya rajin juga Cik Leen buat dadih.
Ni dadih yang kedua. Yang pertama, masih dadih jagung tapi kosong.
Tengok tu...timbul lagi nata de nata de coco nyer...
3rd time buat...siap letak jagung gan nata de coco tapi tenggelam
mungkin masa tu, acuan masih belum sejuk...
habis semua tenggelam! Tak macam yang 2d time ni buat
Takde bekas nak isi, habis tupperware jadi sasaran
Apa pun 3rd time buat mak dah 'import' bekas dari tempat kerja
separuh serbuk dadih boleh dapat dalam 10 bekas

Adik Faiz pulak sibuk suruh buat sebab nak jual di Sekolah.
Cet! Nasib serbuk dadih dah habis

p/s: dadih jagung letak jagung dan nata de coco adalah sangat sedap. Tak perlu terlalu manis. Nak cari dadih warna biru...tak pernah jumpa. Bdw, nata de coco tak boleh tahan lama...sehari dua je masih elok. Masuk hari seterusnya, nata de coco yang masih dalam bekas dia, dah agak lain rasanya.Ooo..rindu nak buat kek coklat ler

Wednesday, May 4, 2011

Bahagia Jadi Duka

Tak lama lagi 'dating time'!!! Bila fikir je rasa macam nak senyum dekat semua orang. Adik aku pun sampai cakap dia dah sebal telinga dengar. Sebab aku masih tak ada penginapan sempurna untuk si dia. Kasihan dia, datang jauh-jauh kan. Tapi masa tu lambat lagi. Ada laa dalam sebulan lebih lagi. Aku memang agak poyo, bila start senyum pada alam semesta. Dinding kat rumah ni pun boleh retak kot kalau aku asyik senyum je dekat dia. Tunjuk kecomelan aku pada semua, memang semua akan merasa iri hati. Tak apa, senyum...tak perlu kata apa-apa.


Tapi bukan setakat tu je kepoyoan Cik Leen ni. Siap beli baju baru lagi (sememangnya Cik Leen menang berbelanja). Baju yang bakal menyerlahkan lagi kecomelan sedia ada. Rasa bahagia masa beli baju tu. Baju untuk pakai masa dating. Bukan selalu jumpa maka nak cantik-cantik. Hehehe....Bahagia betul (sebab dapat shopping terutamanya).

Sambil shopping tu pun kepala sesak fikir kerja. Uish, susah bebenar! Ada yang basic 500 dan 600. Keje makan komisyen jek. Nak-nak bidang pemasaran. Syarikat boleh tahanlah besar tak besar dengan lebih 30 cawangan sekitar Malaysia. Selaku kerani pemasaran, tapi gaya macam dah jadi pelatih pemasaran pulak. Kena serve customer di rumah mereka. Komisyen RM280/customer. Komisyen dengar masyuk jek, tapi basic...memang alamat keje aku kejar customer semedang.

Satu lagi , as tele-marketer. Basic 600, elaun 200. Komisyen 50/customer. Erm....erm.... yang ni memang kompeni kecil. Maka, tak mengapa. Baik aku jadi crew McDonal macam adik aku. Makan pun free. Tak pun ulang sejarah lama jadi promoter Jusco ke, Store Associate 7 Eleven ke. Adeh....


Sang member, lepasan dip dah pernah merasai apa yang aku rasa. Dia kata kompeni besar-besar starting memang 7 ke 800 je. Itu pun dekat JB gan KL paling tinggi. What the..... Nak kerja kerajaan memang sampai ke tua laa menunggu nasib. Apalah....tapi banyak jawatan semua dekat KL. Erm....


Kalau nak sangat kejar bidang pemasaran, jual produk bank atau insurans. Mau sebulan 2K untuk kau! Tapi berchenta laa dengan customer memanjang. Esok-esok jumpa mat hensem, leh kahwin. hahha.


Apakah semua ini.......???? Aku dilema. Dan bila call si dia, kena marah. Dia layan hendak tak hendak jek. Tensi. Hari shopping yang ceria bertukar duka. Tak nak pakai baju baru masa keluar.....! (yeke?)

Monday, May 2, 2011

BanyakNyer Binatang!!!!

Nama: Hikari
Jantina: Betina
Butir diri: Suka makan, gemuk!,garag, suka gigit orang
hamster yg kedua dibeli. masa mula2 suci je, suka dipegang.
dah gemuk mulalah nak eksyen.
Nama: Nomi
Jantina: Jantan
Butir diri: masa mula2 beli suka gigit. Lepas dah bawak kawan,
si Hikari tu dah mula menjinak. Tapi dia suka makan kuaci jek.
Tak macam Hikari. Tu yang susut tu. Suka tidur.
Gemuk vs Kurus
Rumah baru mereka. Atas tu tempat mandi, tempat lepak Nomi.
Dia suka tidur atas tu. Ada serbuk epal disana.

Tu laa si Nomi dan tempat mandi a.k.a tempat lepak dan beradu
Hikari dah sangat gemuk, sampai nak naik atas pun
kaki dia terkeluar

Ini TUNG TUNG. ada 2 ekor. Mereka sangat senyap.
Sekor aktif sikit, sekor lagi agak lembap.
Nama, entah laa...takde bagi lagi. Mereka tak berapa menonjol.