Bebanyak terima kasih jugak kat brader sebelah tempat duduk yang aku take over tu sebab menenangkan keadaan aku. Mahu tak panik. Bangun-bangun tidur je (confirm tidur, sebab kiri-kanan-depan-belakang aku semua lelaki. Tempat duduk depan aje perempuan. Aku dapat sit ketiga dari belakang. Dikelilingi kaum-kaum Adam beb. Tak ke cuakebebeh dibuatnya?). Sambung balik, bangun-bangun je tidur aku dah rasa destinasi Jalan yang agak berbeza. Kemudian, keadaan persekitaran yang nampak macam urban sikit, bukan alam flora yang selalu aku nampak tu. Baru satu setengah jam tertidur takkan dah sampai Johor kot.
And then, mata scan mana-mana signboard. Dah sudah...wa nampak signboard Sungai Besi. Tak ke gila! Masih slumber katak lagi dalam bas. Siap lepas tol. Still muka toye. Otak blur tapi cuba berfikir. Selalu medical check-up kat HKL confirm lalu sini. Jeng jeng jeng...curi pandang tiket brader sebelah. Warna kuning. Aku punya warna biru. Time ni memang dan sumpah-menyumpah-sesumpah-sampah kat dalam hati. Cuba fikir logik, perbezaan warna kerana perbezaan jantina (ada ke?). Scan tiket orang depan pulak, pun warna kuning. Dan RM15 jek. Aku punya RM19.90. Gila dah ni. Tiket orang sebelah pun RM15. Dah tak senang duduk. Nak tanya, semuanya si Hero. Segan. Kejap ke depan, kejap ke belakang. Tak senang duduk betullah. Sampaikan brader sebelah ni perasaan.
Time tu memang nak meleleh je tapi cover baik punya. Brader tu tengok aku, aku tengok dia. Dalam hati nak tanya. Muka brader tu pun macam nak tanya aku. Lastly, dengan teknik-panik-kronik, terkeluar suara aku siap dengan gaya tangan. 'BAS NI NAK KEMANA?' Brader tu pun agak pelik tapi tetap tabah menjawab. Arggghhh! Sudah. Patut familiar. Jalan masa pi dating dulu. Then brader tu tanya aku yang sugul tapi tetap chumel ni. 'Awak nak kemana?' Dengan naifnya aku jawab soalan tu. Brader tu boleh gelak!
Bila nampak wa dah bergenangan tubir mata baru nak gubra, nak pujuk, cakap. ''Leklu..jalan-jalan kat sana. Jangan panik. Tarik nafas. bla bla bla...". Sesampai stesen sana, ingatkan brader tu nak laa tolong aku kan. Tolong carikan bas JB tapi cukup hampeh. Tak gentleman sungguh!Tapi logik jugak brader tu wat camtu. Waktu berbuka puasa dah nak mai dah. Apa lagi? Cari port makan laa dan aku...? Nasib baik tapau murtabak dan air dari Melaka.
Tengah dalam panik tu aku berjalan penuh pasti dekat stesen bas yang ramai orang. Parking sekejap dekat tepi, tepon ayahanda. Memang suara nak menangis dah masa melaporkan kesesatan diri. Bak boleh gelak. Pastu dia bagi fon dekat abang. Abang lagi berdekah-dekah. Kuang asam-boi-jawa betul! Apa pun dorang suh aku cari bas balik JB semula. Hepi sekejap sebab dorang tak marah. Ingat benda ni akan sama pada MRO tapi.... 'Kenapa cuai sangat ni??? Tak tengok tiket bas?? Tak tanya drebar bas tu....?" Waktu tu muka aku dah macam ni
sekadar hiasan.ini bukan mata aku.
END THE END OF THE STROY, SI MRO PUN KENA MARAH DENGAN AKU
ORANG SESAT NI.
SEORANG DIRI.
MUSAFIR YANG NAIF.
BOLEH DIA MARAH2.
SEPAK LAJU-LAJU KARANG.
destinasi balik kampung aku sangat jauh dan lama
MELAKA-KL-JB
5pm - 7pm - 1am
No comments:
Post a Comment