Monday, April 18, 2011

Cik Leen Tersalah Naik Bas

Aku salah naik bas pun sebab aku datang betul-betul on-time. Itu pun gara-gara nak tolong kawan yang dilanda masalah. Sekali, aku daa dapat masalah. Hahahaha.... niat di hati nak balik JB tapi TERnaik bas KL. Itu kali kedua aku naik bas sampai ke KL seorang diri. 1st time masa dating dengan MRO. Nasib, dia ajak dating sana. Kalau tak, memang kat dalam bas tu jugak aku pengsan. Lawak gila bila fikir balik. Patut laa brader tu tak puas hati aku duduk tempat dia. Kebetulan nombor tempat duduk aku sama dengan dia. Tapi sah-sah tempat duduk itu tempat duduk dia bukan aku (kan salah naik bas). Tapi respect-tabik-spring-toing2 kat brader tu sebab mengalah. Bas tu penuh, aku pulak tak amek port kat mana brader tu duduk. Apapun penangan mata laser dia sempat dituju buat aku slumber ni. 

Bebanyak terima kasih jugak kat brader sebelah tempat duduk yang aku take over tu sebab menenangkan keadaan aku. Mahu tak panik. Bangun-bangun tidur je (confirm tidur, sebab kiri-kanan-depan-belakang aku semua lelaki. Tempat duduk depan aje perempuan. Aku dapat sit ketiga dari belakang. Dikelilingi kaum-kaum Adam beb. Tak ke cuakebebeh dibuatnya?). Sambung balik, bangun-bangun je tidur aku dah rasa destinasi Jalan yang agak berbeza. Kemudian, keadaan persekitaran yang nampak macam urban sikit, bukan alam flora yang selalu aku nampak tu. Baru satu setengah jam tertidur takkan dah sampai Johor kot.

And then, mata scan mana-mana signboard. Dah sudah...wa nampak signboard Sungai Besi. Tak ke gila! Masih slumber katak lagi dalam bas. Siap lepas tol. Still muka toye. Otak blur tapi cuba berfikir. Selalu medical check-up kat HKL confirm lalu sini. Jeng jeng jeng...curi pandang tiket brader sebelah. Warna kuning. Aku punya warna biru. Time ni memang dan sumpah-menyumpah-sesumpah-sampah kat dalam hati. Cuba fikir logik, perbezaan warna kerana perbezaan jantina (ada ke?). Scan tiket orang depan pulak, pun warna kuning. Dan RM15 jek. Aku punya RM19.90. Gila dah ni. Tiket orang sebelah pun RM15. Dah tak senang duduk. Nak tanya, semuanya si Hero. Segan. Kejap ke depan, kejap ke belakang. Tak senang duduk betullah. Sampaikan brader sebelah ni perasaan.

Time tu memang nak meleleh je tapi cover baik punya. Brader tu tengok aku, aku tengok dia. Dalam hati nak tanya. Muka brader tu pun macam nak tanya aku. Lastly, dengan teknik-panik-kronik, terkeluar suara aku siap dengan gaya tangan. 'BAS NI NAK KEMANA?' Brader tu pun agak pelik tapi tetap tabah menjawab. Arggghhh! Sudah. Patut familiar. Jalan masa pi dating dulu. Then brader tu tanya aku yang sugul tapi tetap chumel ni. 'Awak nak kemana?' Dengan naifnya aku jawab soalan tu. Brader tu boleh gelak!

Bila nampak wa dah bergenangan tubir mata baru nak gubra, nak pujuk, cakap. ''Leklu..jalan-jalan kat sana. Jangan panik. Tarik nafas. bla bla bla...". Sesampai stesen sana, ingatkan brader tu nak laa tolong aku kan. Tolong carikan bas JB tapi cukup hampeh. Tak gentleman sungguh!Tapi logik jugak brader tu wat camtu. Waktu berbuka puasa dah nak mai dah. Apa lagi? Cari port makan laa dan aku...? Nasib baik tapau murtabak dan air dari Melaka.

Tengah dalam panik tu aku berjalan penuh pasti dekat stesen bas yang ramai orang. Parking sekejap dekat tepi, tepon ayahanda. Memang suara nak menangis dah masa melaporkan kesesatan diri. Bak boleh gelak. Pastu dia bagi fon dekat abang. Abang lagi berdekah-dekah. Kuang asam-boi-jawa betul! Apa pun dorang suh aku cari bas balik JB semula. Hepi sekejap sebab dorang tak marah. Ingat benda ni akan sama pada MRO tapi.... 'Kenapa cuai sangat ni??? Tak tengok tiket bas?? Tak tanya drebar bas tu....?" Waktu tu muka aku dah macam ni


          sekadar hiasan.ini bukan mata aku.

END THE END OF THE STROY, SI MRO PUN KENA MARAH DENGAN AKU
ORANG SESAT NI.
SEORANG DIRI.
MUSAFIR YANG NAIF.
BOLEH DIA MARAH2.
SEPAK LAJU-LAJU KARANG.

destinasi balik kampung aku sangat jauh dan lama
MELAKA-KL-JB
5pm - 7pm - 1am


Monday, April 4, 2011

ANEH

Tetiba aku berminat nak skodeng isu Murtad di Malaysia. Dari sebuah artikel, diterjah pula YouTube, forum, blog dan sebagainya. Memang nampak betapa teruknya mereka ini. Mungkin bukan semua, hanya segelintir. Sebab aku sendiri percaya bahawa setiap agama menggariskan kepada setiap umatnya untuk menghormati agama yang lain. Paling tidak pun, pendidikan moral. Tapi apa yang buat aku semakin terkejut ialah dari facebook sendiri.Itupun dapat link dari blog Cakap Merah. Aku kenal dia yang bergelar Sitt Al-Wuzara. Tapi....sayangnya, dia private laa pulak wall dia tu. Tak boleh nak skod.

Tapi niat aku tak mati disitu. Aku korek lubang sana dan sini. Kenapa marah sangat dengan perjuangan Ustazah Norbakyah. Siap nak convert agama bagai??? Aduhai... Dan yang paling geram, bila bab mengkritik agama Islam dan Nabi Junjungan. Mula2 kata nak convert lepastu mengutuk. Nak convert meaning belum murtad lagi tapi kalau dah start menghina dan mencela maka dah convert laa tu gamaknya cuma tak secara rasmi je.

Sambung cerita, aku nampak page 'Danny Daniel, hentikan penghinaan terhadap Islam'. Dari situ laa aku kenal konco-konco mereka.Keagungan Haluan (perempuan), Danny Daniel (bukan semenanjung Malaysia, lelaki), Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara (perempuan, meniaga di Pekan Rabu), Sitt Al-Wuzara (perempuan). Katanya mereka murtad. Trapped by Islam,, Freedom from Islam. Motto terunggul mereka. Apa pun segala informasi yang diberi belum pasti kesahihannya. Kita tak pasti mereka orang Islam yang murtad atau tidak. Entah laa.

Yang ketiga aku dapat invitation untk cause block Jasmine Slalu Hepi (JSH) (cewek Indonesia) hebat menyelewengkan perihal Nabi kita. Ada banyak fesbuk.  Haha, tapi ada penemuan aneh. Korang tengok link si Jasmine ni. Semua kutuk Islam..
1) JSH
2) JSH 2

LEPAS TU KATA DAH TOUBAT >>>> JSH tobat
LEPASTU KUTUK KRISTIAN PULAK >>>> JSH 


Kalau perasan laa..tarikh tobat tu 29 march (selasa) buat fesbuk tobat. Tapi dekat fb hina Islam hari Sabtu lepas beb (2 april). Fikir2 kan laa.. Ada agama ke takde budak yang buat fesbuk ni.

Pesanan:
Apa pun Link yang diberi ini untuk tatapan kalian tentang isu ni. Korang tentukan laa apa yang korang patut buat.


Dan Sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di Dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejekkan (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada perbincangan yang lain; kerana Sesungguhnya (jika kamu melakukan Yang demikian), tentulah KAMU SERUPA SEPERTI MEREKA. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di Dalam neraka jahannam.. [An-Nissa' 140]

Dan aku pilih menjauhi mereka sebab aku sendiri tak mampu nak bimbing mereka ke jalan yang benar.

Baju oo Baju

Selamat sejahtera semua...


Nak cerita ni ha...mengenai Baju oo Baju. Long sleeve, pernah dengar? Pernah nampak? Pernah pakai? Ala, baju yang macam gitu-tu. Kegilaan remaja masa dulu-kini dan selamanya. 

Kalaulah Cik Leen yang pakai, angkat tangan je nampak pusat. Lengan baju tu pun senteng. Bak kata boifren, 'Keciannyer awek aku.' So, berubahlah segera wahai si tonjang!!!!! Pilihan macam mana menjadi igauan kalbu? Jeng jeng jeng...heheheh


like dis fesyen gilerz!!!
ada 1 koleksi stail cmni cuma tanpa lenggan.


gaya muslimah cmni pun bagus jugak
will get dis , confirm!
tapi lenggan panjang laa kan

atau jenis macam ni...
boleh tahan jugak.
hehehe....

PENDEK KATA, NAK PAKAI BAJU LABUH PUNGGUNG. HMMM....Cik Leen sejak bila berfikiran matang sedikit ni? Tapi, I need to change. Baju nampak pusat, tak lawa kot. Macam baju pinjam. Cepatnya dewasa... ( ')3 

Sambil menyelam minum air. Baju polos dan labuh. Tak menampakkan susuk tubuh badan. Terhindar dari dosa dan maksiat serta orang lelaki yang mata keranjang-bola sepak-tenis. Kan,kan,kan...

Pendek kata, sayang....Buy me these. Plz.... (suara manja)

Apapun, salah satu sumber tertarik nak berubah bila sibuk nak tahu hal murtad ni Malaysia. Ramai rupanya. Takut. Cuak sangat. So, pelan2 kayuh untuk berubah. Mana tahu Tuhan bagi Hidayah kat kita. Padahal banyak je dugaan diterima, tapi still tak sedar diri jugak. Hayut dalam keduniaan. Masya Allah. Ampunkan segala dosa dan kekhilafan hamba-Mu ini. :'(