Wednesday, November 10, 2010

wAH!!!

WAH!
ye, aku terkejut-terkesima dan terpesona
dengan perubahan persekitaran milik ayahanda dan bonda aku
yang pada mulanya begitu daif, sama-sama aku merasai
sampai laa sudah bersenang sedikit, pun turut aku merasai
tapi selepas aku menjejak kaki ke bumi Melaka
demi meneruskan pembelajaran aku
terlalu banyak perubahan yang melanda
baru nak masuk 2 setengah tahun kut aku kat sana

jalan raya memang banyak je yang tengah dalam pembinaan
aku tatau berapa banyak sudah fly over kat JB ni
itu kalau luaran laa tapi bila melibatkan famili aku sendiri, lagi aku WAH!

semester pertama, WIRA dah ditukar CITRA, siap tambah WAJA, milik abang aku
punya laa aku terjengah-jengah mencari teksi bapak aku, rupanya mereka datang dengan kenderaan baharu
walaupun beli secondhand je..laaa ni banyak ragam! isyh!

lepastu, rumah aku dah pasang air-cond kat ruang tamu utama
WAH! sampai tak jejak aku kat ruang tamu utama tu
risau bil lektrik naik pun iya
tak cukup dengan tu, pasang zink kat depan rumah
pasang itu-ini, sampai tak lena tidur aku. 
rasa bukan macam kat rumah sendiri

sekarang yang terbaru, bapak aku dah beli TV feveret dia
masa sem lepas aku dah dengar dia gian nak pekena TV tu
minat betul! pantang nampak..kompem singgah tanya
last2 dia kata, da ade duit bawu beli
alih2 mende alah yang dia idam tu dah ada depan mata
fuiyooo...TV ada 4 kat uma ni. kat ruang tamu utama, tengah, bilik abang dan bilik mak-bak
erh, TV lg satu yang ala-ala hidup segan mati tamau tu mana???
aku tahu laa TV tu veteran tapi unik beb! mana pi?
kalau kasi campur, dah 5 TV ni....
bole masuk bilik aku TV tu

waa, bila bilik aku nak pasang air-cond gan TV???
yang palin aku nak, bila aku nak pakai KERETA???

No comments: