Hahaha...Huhuhu...Hehehe...perasaan daku blur~~~Mana Marketing Plan? Mana segala strategi untuk pemasaran?At least, customer behavior tu ada laa sikit-sikit untuk di observe. Akan tetapi aku tetap bercelaru nak cari tajuk tesis ni.
TIMBANG BERAT
Pertama sekali aku diperkenalkan dengan mesin penimbang emas. Aku boleh jadi bingung ingat step-by-step menimbang berat. Ini demi memastikan ketulenan emas yang digolok gadai oleh customer aku. Sekarang, boleh laa sikit lebih kurang aku guna menda-alah berkenaan.Tapi, air yang jernih jangan disangka takde berudu. Kalau laa mesin berkenaan sengaja bersifat PHD (perasaan hasad dengki) maka cara manual diperlukan. Aku tengok menda-alah yang kedua ni macam nak asah pisau jek. Ambil emas yang tak boleh dikira-timbang tadi dan gesek pada tempat yang macam asah pisau tu sebanyak 3 kali. Lepastu letak asid nitrik dan asid hidroklorik (kalau tak silap aku laa). Kalau hilang, confirm emas itu emas saduran! Tapi kalau terbit rasa ragu-ragu juga. Kena compare dengan sample emas yang ada. Banyak sample, dan semua berlainan. Sendiri tengok kandungan emas berkenaan. Ini step aku belum try lagi. Moga success!
REKOD PELANGGAN
Kedua aku belajar rekod menggunakan sistem komputer. Daftar Pelanggan, Daftar Penebusan dan Daftar Gadaian. Buat masa ini, itu je yang diajar kepada aku. Dan macam-macam kerenah pelanggan yang aku jumpa. Bukan setakat berchenta dengan sistem komputer, aku pun kena berchenta dengan segala jenis resit dan agreement. Resit Tebus lain, Voucher Pembiayaan lain, Surat Gadaian lain dan Surat Akaun. Tagging pun kena buat. Kalau tidak, memang jadilah petapa terulung depan peti simpanan yang mak oi, beratnya pintu itu. Aku rasa 5 bulan praktikal kat sini, otot-otot aku boleh mengalah Malek Nor. Kita lihat nanti...
KIRA-KIRA
Ketiga, aku belajar cara macam mana nak tengok Harga Emas Semasa. Terima kasih pada website Bank Negara Malaysia dan Maybank2u. Dari situ aku akan kira harga emas, baik 18k, 20k,21k,22k,22.8k,24k. Dan setiap k (karat) emas ini ada nilai kandungan emas yang aku kena hafal. Dan tahniah sebab aku tak hafal lagi. Nak kira Harga Emas Semasa ni pun ada formulanya sendiri. Yang penting aku kena tengok harga untuk 1oz.
Keempat, aku kena berchenta pulak dengan calculator. Sebab aku tak boleh suka-suki aje guna sistem komputer untuk buat pengiraan.Sekali customer tak nak proceed camne? Aku jugak yang gelabah. Maka, aku kena aktifkan saraf matematika aku. Cemas memang pasti! Nombor dengan aku mana boleh duduk satu line. Salah disisi hukum-hakam Cik Leen tu... Tapi tuntutan kerja pun tak boleh diabaikan. Aku kena kira:
NILAI MARHUM
setelah Harga Semasa dikenalpasti maka boleh laa dapat nilai ni.
PINJAMAN
berdasar berat dan harga barang emas itu. Dah tu, ada percentage yang berbeza yakni terbahagi kepada 70%, 65%,60% dan 50%
UPAH SIMPAN
atas 1K- 0.7% dan bawah 1K-0.65%
APAPUN, AKU SENDIRI RASA KAGUM TENGOK EMAS. BARANG KEMAS TU DAH BIASA TAPI KALAU DINAR EMAS, GOLD BAR & KIJANG EMAS. Wow! Nampak je kechik!
oke, tahniah kepada aku sebab berjaya ulangkaji pada hari ini. Semoga berjaya untuk hari ketiga bekerja esok hari. Muax untuk aku.